Salam sejahtera. Cik ahkak nak kongsi tutorial buat bread tanpa telur. Ini resepi white bread terbaik yang cik ahkak cedok dari website makcik omputeh kat google. Entah tak ingat nama dah. Mohon halalkan yer makcik ehh.. Okey lah untuk tutorial ni , cik ahkak guna
breadmaker kesayangan hamba. Jika kental hati nak uli, boleh juga. Check bahan-bahan untuk buat bread tanpa telur dan pastinya telur tak da dalam senarai..hahaaa!!..
1 cawan air panas
2 sudu teh yis
3 sudu makan gula
¼ cawan shortening (dicairkan)
1 sudu teh garam
3 cawan tepung protein tinggi (hi-protien flour)
½ sudu teh bread improver
½ sudu teh dough softener
Air panas + Yis + gula di letakkan dalam bread pan, kacau sebentar. Biarkan 6-12 minit, timbul buih macam kat atas tu. Kneading blade perlu diletak awal kat pemegang nya.
Garam + tepung hi protien + bread improver + dough softener di satukan dalam mangkuk. Gaul-gaul mesra gitu dorang tak kan gadoh punya, percayalahh . Perlu diingatkan, untuk menghasilkan bread sedap, sila guna tepung hi protien. Tak mahal dik, dalam RM 4-5 sepaket. Itu pon boleh 2-3 kali buat bread.
Shortening atau lelemak sayur haruslah di cairkan. Hendak guna kaedah double boiler boleh, guna microwave oven pon boleh. Ikut cita rasa masing-masing. Yang ni cik ahkak cair guna mickowave,..abaikan kecelaruan gambar itu..hehee!!..
Bila campuran yis dah berbuih, masukkan segala tepung dan shortening cair tadi ke dalam bread pan, ON breadmaker tu, pilih mode BREAD, colour LIGHT, weight 2LB dan tekan butang START. Untuk mode BREAD, ianya ambil masa 3 jam untuk uli dan peram doh hingga kembang lepas tu baru proses baking bermula.
Dalam pada kneading blade tu bertugas, boleh la kita tolong permudahkan kerja nya dengan mengikis bahagian tepi bread pan tu dengan spatula supaya doh tu cepat sebati. Kena buat hati-hati jugak takut nanti spatula kita kena "makan" kneading blade keras.
Serahkan tugas pada kneading blade tu untuk uli doh roti kita. Jimat tenaga mak sebab tak da otot sado nak ditayangkan..wakakaa!!!. Doh di uli nampak licin, sebati dan tak lekat pada dinding bread pan walaupun agak lembik menunjukan sukatan bahan yang kita gunakan adalah betul dan seimbang. Untuk
bread maker Elba cik ahkak ni, kneading blade cik ahkak keluarkan dari bread pan apabila pemasa menunjukkan 1:55. Cik ahkak tak mo ada kneading blade dalam roti tu apabila dah masak.
Dah siap bread tanpa telur..lalalaa.. tapi kena ingat, nak alihkan bread ni hati-hati, dik. Takut melecur, panas banget dong. Suka sesangat bila nengok bread tanpa telur ni sangat elok kejadiannya.
Sejukkan atas redai kek. Jangan potong bread ni masa ianya masih panas..nanti teksturnya rosak. Anda yang ada knife bread tu lagi senang potong sebab mata pisau tu tak seperti pisau biasa. White bread tanpa telur ni , kaler dia memang cantik, putih alami. Jika ada penggunaan telur, bread akan lebih kekuningan. Kenapa bread di bakeri nampak putih walaupun ada guna telur? Soalan canteeekk.. dorang guna whitening, dik. Sekian.