Quantcast
Channel: resepi masakan mudah
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Kerang Rebus

$
0
0
teknik masak kerang
Salam sejahtera.  Bersinar mata cik ahkak bila tengok kerang.. belum lagi masak tu dah telan aiklio.  Harga kerang kat tempat cik ahkak tak payah tanya, dik.  Mahal tu sebab sekilo pon cecah RM14-18.  Kesat aik mata jappp, nak yang murah gi tangkap sendiri kat laut.  Part masak kerang macam-macam resepi yang cik ahkak cuba godek kat tenet.  Balik-balik, tu diaaa... kerang rebus jugak yang tersedap.  Nak rebus kerang pon ada teknik, dik.  Bukan main tuang redah masuk tikam dalam periuk pastu terus jerang.  Kita kena pastikan air tu betul betul mendidih, membuak-buak dan tabur garam sikit lepas tu barulah masuk kerang yang telah dicuci bersih.  Merebus kerang pon jangan lama sangat.. diingatkan sekali lagi.. JANGAN LAMA SANGAT.  Cukup dalam 5-6 minit lepas tu toskan airnya.  Boleh la dihidangkan bersama sambal kicap cili limau nipis. Okey, amacam.?.  Boleh la rebus kerang lepas ni eekk.. Anda suka masakan kerang yang bagaimana?  Sekian.

Sayur midin dan kulat

$
0
0
Salam sejahtera. Tajuk agak ke laut, ulang sekali lagi, agak  ke laut. Almaklumlah esok hari Sabtu, lusa pulak hari Ahad. Of course la hari Ahad, mana da lompat jadi hari Isnin. Minggu depan anak-anak cuti sekolah, yiihuuu!!.. boleh la buat taik mata lebih sikit.  Ni nak share gambar masakan cik ahkak yang sedang ke laut, sayur midin dan kulat.  Sayur midin aka paku merah, sedap dik oiii, tumis belacan campur ngan kulat putih atau apa jenis kulat bukan bekulat, okey!! Tak perlu resepi lemak pedas ke apa.. tumis bawang dan belacan tumbuk sebagai bumbu dah cukup elok. Dengar khabar kata makcik-makcik jiran seberang sungai sebelah kampung tu cakap, sayur midin ni agak berangin sikit.  Bukan angin kantoi ke apa, tapi maksudnya tak boleh selalu sangat di makan nanti badan berangin.  Adik-adik tengah berpantang lepas beranak tu jangan amalkan dulu makan sayuran sedap ni.  Okeylah, cik ahkak dah cuti dan blog agak ke laut sikit.  Selamat berhujung minggu semua.  Sekian

Soft White Bread

$
0
0

Salam sejahtera.  Cik ahkak tetiba kena serang angin "R".. tu dia hasil nya.  Dua mini soft white bread.  Kiut lah eeeeii, tak sampai hati nak potong dan makan.  Ni nak share resepi mudah soft white bread aka sandwich bread.  Bahan tak banyak digunakan cuma perlu kental hati lah nak menguli.  Soft white bread ni betul-betul lembut.  Dari banyak-banyak koleksi sandwich bread cik ahkak, ni la satu-satunya resepi bread yang mantop.  Entry tertunggak masa BM cik ahkak nyawa-nyawa ikan.  Jadi apa salah nya cik ahkak uli guna tangan sebab nak mengembalikan semula otot otot sado kering cekeding sekeping...kuikuikuii!!  Selamat mencuba.

1 cawan air suam
2 sudu teh yis kering
3 sudu makan gula
Sesuku (1/4) cawan shortening / lelemak sayuran
1 sudu teh garam
3 cawan tepung gandum

Dalam bekas, satukan air suam, yis, gula dan shortening.  Kacau kan dan tutup bekas, biarkan selama 6-12 minit atau hingga yis berbuih.  Masukkan tepung dan garam.  Uli hingga sebati dan doh tak lekat pada jari.  Tutup doh dan biarkan selama 20-30 minit.  Bila saiz nya mengembang dah, uli sekali lagi.  Masukkan ke dalam loyang bread, tutup dan biarkan lagi selama 15 minit.  Panaskan oven dulu dan barulah masukkan loyang bread tadi. Suhu pula bergantung pada oven masing-masing.
 
Memang betul la gelaran soft white bread ni.  Selain dari warna bread nya agak putih kerana tiada penggunaan telur kat situ, ianya lembut.  Bebudak suka pulak makan kosong macam tu saja.  Tapi maknya lebih-lebih lagi buat sandwich mini dari daging ayam panggang dan caramelized onion.
Mimpi siang hari cik ahkak nak masuk Masterchef ostoria, dik ooii.. Kekite jadi masterchef kat dapur sendiri lagi bagus.  Sekian.



Cara Buat Frozen Donut

$
0
0
Salam sejahtera.  Tak habis lagi ke mendonut?.  Cik ahkak bila-bila boleh mendonut almaklumlah lah kan orang tak berkerjaya katanya.  Bagaimana pulak yang sibuk bekerja tapi takda masa nak mendonut?. Meh sini cik ahkak kongsi cara buat frozen donut.  Tidak perlu kedekut ngan ilmu pengetahuan, lagi elok share sama-sama. Frozen donut paling mudah nak buat dan simpan.  Tapi sebolehnya jangan la perap frozen donut tu sampai berminggu. Memula TENGOK SINI cara cik ahkak buat donut.
Nampak tak beza warna pada donut tu?.  Yang putih (kanan) tu cik ahkak goreng separuh masak, manakala sebelah kiri pulak sedia untuk dimakan.  Guna api perlahan dan selalu balik-balikkan supaya tak garing dan warna kekal putih gitu.  Lepas goreng, tos kan minyak dan biarkan sejuk pada suhu bilik.  Kemudian susun donut-donut separuh masak tu dalam talam dan masukkan ke dalam bahagian penyejuk beku peti ais kita. Biarkan selama 10-15 minit.  Lepas tu keluarkan dan pastikan donut tu tadi mengeras.  Simpan donut tu dalam bekas tertutup rapat dan masukkan balik ke dalam bahagian penyejuk beku.  Dah pon jadi frozen donut kita.  Boleh di goreng pada bila-bila masa tapi pastikan anda tak simpan frozen donut ni lebih dari seminggu.
Telan aiklio lagi cik ahkak nengok donut gebus gebas tu.  Dah jadi macam menu mingguan pulak dah ni, mendonut wajip ada. Sekian dan selamat mencuba cara buat frozen donut dari dapur cih ahkak.



Raisin Carrot Cake

$
0
0



Salam sejahtera.  Mulakan minggu baru dengan acara menge'kek'.  Agak lama jugak cik ahkak tak buat kek.  Belek2 buku resepi 2007 Taste Of Home Annual Recipes terjumpa resepi yang kiranya boleh dicuba.  Raisin Carrot Cake yang cik ahkak buat ni memang moist dan wangi.  Tapi jika anda tak suka dengan bau kulit kayu manis, boleh digantikan dengan kulit oren yang di parut.  Tak perlu banyak cuma dalam 2-3 sudu makan saja.  Kek ni makin lama disimpan makin sedap la pulak rupanya. Adunan yang terhasil ni sebenarnya tak lah banyak,  guna loyang 2x6 inci saja pun dah cukup.

1 cawan raisins
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (kalau tak da pun takpa)
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
¾ shortening (dicairkan guna microwave )
4 biji telur gred A
3 cawan lobak merah (diparut kasar )

Gaulkan raisins bersama 2 sudu makan tepung gandum, ketepikan.  Dalam bekas, satukan gula perang, baking powder, serbuk kulit kayu manis, baking powder, garam dan tepung gandum.  Pukul shortening yang telah dicairkan bersama telur hingga sebati dan tuang ke dalam bekas berisi bahan-bahan kering tadi.  Gaul guna spatula hingga sebati dan masukkan raisins dan parutan lobak merah.  Gaul rata dan tuang ke dalam loyang kek yang telah dilapik dengan baking paper.  Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit atau hingga masak.  Suhu dan pemasa adalah bergantung pada kesesuaian oven masing-masing.
 Lepas ni cik ahkak nak try derhaka lagi ubah suai kek ni, nak guna parutan kulit sunkist dan tambah kekacang..amacam?..Heheheeee.. Sekian.

Pancake with Hot Fudge Sauce and Honey

$
0
0
Salam sejahtera.  Tajuk kemain lagi, cik ahkak cakap omputeh lagi ekk. Senang saja la translate tu,  lempeng  cicah dengan sos coklat dan madu..hahahaa!!  Oh my English!. Cik ahkak kongsi resepi serta gambar sekali untuk panduan anda yang sangat gemar makan pancake.  Paling sedap bila digandingkan dengan hot fudge sauce (sos coklat sedikit cair) dan madu.  Kenyang cik ahkak dibuatnya.  Lagi resepi ni cik ahkak cedok dari 2007 Taste Of Home Annual Recipes.


4 cawan tepung gandum
¼  cawan gula halus
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh garam
1½ sudu teh baking powder
4 biji telur
4 cawan susu cair

Satukan tepung gandum, gula, baking soda, garam dan baking powder.  Pukul telur bersama susu cair hingga rata dan masukkan ke dalam bekas berisi bahan-bahan kering.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul.  Panaskan non-stick pan dan tuang sesenduk batter.  Balikkan pancake setelah agak perang di sebelah bawah.  Buat sehingga habis.  Hidang bersama hot fudge sauce dan madu.

Hot Fudge Sauce

1 cawan gula pasir ( cik ahkak kurang kan kepada setengah cawan..)
¼ cawan baking cocoa powder
1 tin susu cair
½ cawan butter
1 sudu teh esen vanilla

Dalam saucepan, satukan semua bahan di atas dan masak di atas api perlahan hingga pekat dan tidak berketul.  

Bertingkek-tingkek macam dorayaki la pulak.  Skill buat pancake masih perlu diperbaiki lagi sebab pancake cik ahkak tak perfect bulat. Apa pon janji sedap.  Sekian.

Tetikus kesayangan..

$
0
0
Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu. Cik ahkak no masak masak, nak memain ngan tetikus kesayangan hamba yang banyak menabur bakti. Benda ni ada masa dia merajuk. Hentak sekali dua barulah back to normal, boleh klikklik. Apa da kejam nya punya tuan. Sekian. 

Sotong Sambal Simple

$
0
0
Salam sejahtera.  Suka makan sotong?.. Cik ahkak suka makan sotong kalau masak sambal.  Nak buat sotong sambal tu punya lah senang, dik.  Kalau nak ikut resepi simple cik ahkak ni dipersilakan cuba.  Tak ngam dengan rasa anak tekak?.. Takpa, lenkali boleh cuba resepi lain..hihiii!!

200gm Sotong - dibersihkan dan potong ( Cik ahkak lebih gemar sotong frozen)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan Pes cili Adabi
1 sudu teh Pes asam jawa Adabi
Garam cukup rasa

Kisar halus semua jenis bawang tu.  Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau wanginya.  Masukkan pes cili dan pes asam jawa, gaul rata dan masukkan sotong.  Masak selama 3-4 minit dan sambal agak kering sikit, baru lah boleh perasa dengan garam sikit.  Sotong ni tak boleh masak lama sangat, nanti liat.  Sekian.

KitKat Cake untuk ...

$
0
0
Salam sejahtera.  I'm alive!!!...Yyyiihuuuu!!..Astagaaaa..Cik ahkak urut dada cepat-cepat..Oii! Apa ka mimpi.  Cik ahkak buat KitKat Cake untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup ammboiii kemain ayat. Ni kek special untuk siapa?.  Basah ketiak leher segala jugak rupanya nak menyediakan kek superb macam ni.  Orang lain dah bertahun buat ni, cik ahkak baru keluar dari zaman purba kala je yang baru reti nak buat.  Bhahahaaa!!.. Sila gelak ramai-ramai.  Empunya kek comel (saiz tak sampai pon 5 inchi)..hihiii!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
( suspen )
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Tu diaaa.. anak cik ahkak si bongsu hari ni genap 7 tahun umur nya.  Jangan kata cik ahkak yang buli dia, sepit batang hidung penyet .  Dia ni kalau amik gambar, takda yang perfect, percayalah..hahahaa!!  Dah masuk tahun satu tapi manja  alahaiii, boleh cair dibuatnya.
Untuk tutorial cara buat KitKat Cake ni, cik ahkak share lepas entry ni.  Senang banget, dik..Takda susah sangat rupanya.
 
Ya ampun, riben ni saja yang cik ahkak jumpa dalam koleksi.  Takda munge-munge bagai, janji dapat ikat kitkat tu.  Yang penting si bongsu ni gembira lompat kanak-kanak riang japp nengok hasil keras tangan maknya.Sekian.
 


Tutorial Buat Kitkat Cake

$
0
0
Salam sejahtera.  Birthday boy cik ahkak, dia dapat KitKat Cake yang kecil cinonet macam orangnya jugak .  Maknya remaja purba kala baru jugak belajar buat KitKat Cake ni. Agak mudah sebenarnya jika anda guna kek span berbanding menggunakan lapisan aiskrim bersama kek span seperti kebanyakan KitKat Cake biasa kita temui kat internet. Permintaan Kak Noor sayang, nak resepinya.  Cik ahkak bagi tutorial ni pon boleh, ye kak Noor.. Ya ampun, gambar tutorial cik ahkak dari kamera hengpong so tak berapa terang seperti gambar di atas.  Mohon kecilkan mata bila nengok, ya.. hihiii!!..
Memula sediakan coklat ganache.  Cik ahkak guna coklat masakan, shortening dan susu cair.  Masak guna kaedah double-boiler.  Sejukkan dan kacau hingga adunan pekat dan agak berkilat.
Bahan utama hiasan kek.. yang ni cik ahkak beli sepaket besar KitKat dan sebungkus M&Ms..jumlah harga barang untuk 2 jenis ni ada lah dalam RM15.  Lagi besar saiz kek, lagi banyak kena sediakan benda ni.  Belum lagi kira yang masuk mulut cik ahkak secara tak rasminya..heheee!!
Potong kek span (cik ahkak guna kek span vanila) ikut saiz dikehendaki.  Kalau tak cukup tinggi, lapiskan setelah di sapu dengan coklat ganache sikit.  Salut luaran kek tu rata-rata, kiri kanan depan belakang dan atas.  Ni kira sebagai 'gam' kepada kitkat tu nanti.
Tunggu apa lagi, lekat kan KitKat tu sekeliling kek tadi sementara coklat ganache tu belum mengeras.  Bila dah set pada tempatnya, boleh lah diikat reben sekeliling KitKat tu.  Reben terpulang pada citarasa masing-masing, nak besar ke kecik.
Agak menggoda jugak lah si M&Ms ni kan.  Sambil memain ikat reben, sempat jugak 4-5 bijik melayang masuk mulut..hihihiiii.. apa daaa!..  Tuangkan benda sedap ni atas kek tadi, dah pon siappp!!..
Tuuu diaaa.. isi dalam kek KitKat cik ahkak. Kek span vanila biasa je, beb.. Abaikan sapuan coklat ganache yang tak rata tu.  Cara penyediaan yang agak simple dan senang untuk di buat sendiri kat rumah. Sini cik ahkak nak kongsi tips sikit.  Seeloknya, bila kek ni dah nak di 'tayang'kan ..baru bubuh M&Ms kat atasnya.  Jika awal sangat letak, nanti M&Ms tu akan lembab dan melekat antara satu sama lain.  KitKat Cake ni tahan jika di simpan dalam peti sejuk. Jadi selamat meng KitKat kekiterr, sekian. 







Sesekali jadi TARZAN

$
0
0

Salam sejahtera.  Sapa penah alami?. Cik ahkak la jawapnya. Yang ada anak, bebudak termasuk bapak budak..kalau maknya panggil panggil, sahut pon nak tak nak atau tak sahut langsung..ni yang mudah jadi TARZAN tak berhutan jawapnya. Lagi haru kalau suara bertukar mengalahkan ratu rock tanpa versi..hahahaaa!!.. Sabo jak lah wahai hati.  Sekian. ( Cik ahkak belum masak hari ni, dapo nak mintak cuti katanya)..

Lauk seadanya..

$
0
0
Salam sejahtera.  Dah makan ke belum?. Ni lauk seadanya yang cik ahkak sediakan.  Hari-hari memang cik ahkak masak kat rumah.  Ayam masak kicap, kari ayam dan kacang panjang goreng telur saja dah mencukupi dan kenyang dibuatnya.  Nasib baik dan beruntung lah kita tinggal kat Malaysia ni tu pun ada jugak tak tak reti nak bersyukur, masih dapat menjamah makanan.  Pernah tak terfikir orang-orang kat Somalia atau Bosnia atau negara-negara yang menghadapi masalah rakyat kebulur?.  Dah cik ahkak tak mo blablablaaa.. nak amik nasik panas-panas, kita hadap rezeki dengan penuh kegembiraan. Selamat menjamu selera semua. Sekian.

Spageti dan Sos Cendawan Instant

$
0
0
Salam sejahtera.  Senang tak masak spageti?. Tak susah mana pun, dik.  Sos spageti cendawan pilihan hati cik ahkak dari jenama Prego, botol besar tu dalam harga RM10 lebih saja.  Cendawan / mushroom pulak boleh tambah sendiri, guna yang dalam tin punya lagi senang.  Nak tanam cendawan, mimpi siang hari ko dik.  Cuma perlu tambah daging lembu cincang ke dalam sos spageti dan masak seperti biasa.  Masukkan parutan cheese kalau ada.  Kalau takda, guna cheese keping pun tak salah.  Ianya akan cair bila dikacau bersama sos panas tu.  Ikut cita rasa tekak sendiri lah nak tambah ke tolak bahan-bahan sampingan tu.  Apa yang penting, kreativiti kita sendiri dalam mengolah makanan, so tak perlu terikat sangat dengan arahan-arahan pada resepi rasmi.  Sepinggan spageti tu dah buat cik ahkak kenyang, sampai ke malam.. Apa daa punya perut kucen ke hapa?...hahahaaaa!!.. Sekian.

Andai ku tahu..

$
0
0
.. apa sebenarnya yang cik ahkak nak tayang kan ni?.. Rupa macam tu tapi bukan ehh.. Apakah?.. Takpa, Cik ahkak tinggalkan gambar ni untuk tatapan anda, sebagai kenangan..wakakakaaa!! Dapat jawap?.. Anda memang terbaik!.. Mohon kecilkan mata tengok dan teka.  Kalau jawap betul, anda memang hebat!. Sekian.

Kini ku tahu..

$
0
0
.. apa yang cik ahkak tayang semalam tu.  Nak tengok entry mengarut  semalam, SINI ,.  Kengkawan blogger, korang memang terbaik.  Ulang tayang sekali lagi.. Nampak tak beza nya kat situ?. Tak nampak?. Okey, mohon kecilkan mata sekali lagi. Amboi ayat kemain suspen. Suspen la sangat. KakZakie tanya Kek ke belacan? NN , dia tanya kita balik..hihiii!!,, belacan?.. Yang Amanda Suria ,  pakar belacan rupanya ekk., tak leh nak tipu dia daaa. Nohas puas dok pikir, kek ke apa ? Konpius.. NM terbaik ko..pon sama pakar eh.  Anum cakap belacan ek? Kak KB  tanya tu kek belacan ke, belacan?.. 

Ni apa keja la cik ahkak gi sumbat KEK  BELACAN dalam bekas kaca? Jujur cik ahkak cakap, tak mo korban kan kontena tupperware mahal  untuk simpan KEK belacan.  Bekas kaca saja yang terbaik untuk benda ni.. Hihihiii.. dah terjawap lah kan dan sini cik ahkak tak da resepi KEK belacan,dik.  Kongsi gambar KEK belacan boleh la.  Serahkan pembuatan KEK belacan sedap pada yang pakar saja. 
Agaknya lah kan, boleh kira tak berapa banyak rumah orang yang tak da simpan belacan?.  Cik ahkak tak boleh bayang kan hidup tanpa belacan.  Belacan sana, belacan sini..tapi setakat ni belacan buatan Miri yang tersedap dan cun kat tekak cik ahkak.
Tu diaaaa...belacan goreng campur ikan bilis dan cili. Sedap dik ooii, tak perlu lauk lain dah. Pekena dengan nasik panas atau cicah ngan timun ke atau sayur ulam pperrgghh!!.. mentua lalu pon tak angkat muka..menantu hantu ke apa?  . Sekian entry belacan untuk hari ini.


Cerita limau

$
0
0
Salam sejahtera.  Cerita limau cik ahkak kali ni, bukan kek lapis ke besikut atau lauk.  Pokok limau depan rumah tu tengah berbuah lebat.  Mohon sesiapa berminat boleh datang dan borong sepokok, ya..hihiii.  Terlebih buah pulak kali ni hinggakan stok limau dalam esbok tak pernah habis.  Harap sampai bila bila la berbuah lebat gitu.
Sayang jugak nengok kalau simpan lama-lama nanti busuk mereput .  Cik ahkak dilanda angin R maha besar, dapat jugak lah sebotol besar jus limau ni setelah di potong dan diperah lepas tu tapis masuk dalam botol kaca.  Simpan dalam esbok dan boleh lah dibuat air limau atau pencicah dan tambah dalam sambal ke apa.  Tengok macam mana cik ahkak bedah limau tu.  Potong hujung buah limau, bukan ditengah-tengah, kenapa?.  Ini nak mengelakkan kita terpotong biji limau.  Tau saja biji limau tu kan pahit.  Kita tak mo jus limau rasa pahit, jadi potong lah ikut stail cik ahkak tu, okey. Sekian dan selamat me ' limau' kekite..

Umbut Sawit

$
0
0
Salam sejahtera.  Pernah makan umbut sawit?. Tak pernah?.. Sedap jika masak lemak, masak kari atau tumis belacan macam biasa. Rasa nya yang manis, lembut dan memang sedap lahh. Tak leh nak bayangkan kalau masak kari bersama potongan ayam, SEDAPPP. Takda umbut sawit, try la umbut kelapa / nyior .  Lebih kurang sama jugak tu, cuma cik ahkak ni lebih gemarkan umbut sawit.  Murah rezeki cik ahkak sebab umbut sawit ni kita tak beli.  Anak buah cik ahbang tu yang kasi, amik dari tapak projek Pan Borneo.  Banyak la sawit tumbang sebab kena besarkan jalan. Yang korek umbut bagai ni bukan dia, pekerja nya yang buat. Dia tolong tengok saja..hahaaa!!.. Kau kan boss!.. Cik ahkak dengan muka tak malu cakap, boleh ke amik lagi ?.. Hamboii ayat, beri betis nak paha.  
Tau tau potong?  Potong nipis macam yang cik ahkak buat ni, supaya cepat masak, cepat makan, perut kenyang pastu boleh sambung tido..kuikuikuiii!!.. Cik ahkak boleh lupa amik gambar yang dah siap masak tu.  Tup tup pinggan lauk dah licin, baru teringat..adoiyaii! Umo kala senja katanya, jadi pelupa itu perkara biasa.  Jangan terlupa dah ada anak dan laki, sudahh.. Selamat berhujung minggu semua dan ketemu lagi di entry akan datang.  Sekian.

 

Umai Obor-Obor

$
0
0
Salam sejahtera.  Cik ahkak tayang gambar umai obor-obor kali ni.  Skill amik foto agak ke laut, alaaa kamera compact je pon, nak buat buat aksi lebih lebih tak kemana..hahahaa!!..  Obor-obor ni sedap kalau buat umai cuma kemasinannya tu ya amppunn!!.  Pesan cik ahkak, cuci lah banyak kali selepas dipotong kecil obor-obor tu. Tak pasal kang nanti kena hypertension, kan haru.  Rezeki cik ahkak murah, obor-obor ni SIL kasi free.  Seronok lompat-lompat kanak-kanak riang jap  cik ahkak sebab ni memang all time favorite.  Makaseh ye awak, esok-esok boleh kasi banyak lagi..hambooiii!!.. Untuk resepi asas umai, boleh dicuba seperti yang cik ahkak buat ni.

100gm obor-obor (dipotong kecil dan cuci byk kali, buang rasa masin)
Setengah labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang merah (hiris nipis jugak)
4 biji cili (tumbuk halus)
Air perahan limau

Gaul semua bahan tu dan perasakan sikit-sikit ikut kesesuaian anak tekak sendiri..nak pedas ke, masam lebih ke, masin lagi atau secukupnya terpulanglah.  Umai obor-obor ni lagi sedap kalau disejukkan dalam esbok sebelum di makan bersama nasi dan lauk lain.

Abaikan rupa penkek yang cik ahkak buat tu.  Sekeping tu rasanya tak cukup, tambah lagi 2-3 keping dah kenyang sampai esok pagi..hahaaa!!!.  Nak resepi, gi jenguk KAT SINI . Sekian.



Lauk Nangka Muda

$
0
0
Salam sejahtera.  Cik ahkak masak simple-simple gitu, lauk nangka muda.  Sesuai la sangat dengan anak tekak remaja purba.  Tumis dengan bawang putih dan belacan tumbuk saja dah cukup untuk menyedapkan masakan nangka muda ni.  Nak masak lomak, kang nanti lompat-lompat kanak-kanak riang silemak bergayut kat kiri kanan atas bawah depan belakang badan..sobsobsob!!..
Lauk nangka muda, gandingkan dengan ikan tongkol goreng kosong, atau cicah dengan sambal kicap.  Perasan tak bekas ikan tongkol goreng tu?.. Tu tudung mangkuk laa.. sila gelak ramai-ramai, bukan kes tak cukup pinggan lauk.  Tangkap muat, benda tu je yang ada paling dekat ngan kuali, cekup saja lah dik oii!!.. Cukuplah lauk tu untuk makan tengahari ke malam.  Bukan kena angin M, okay.. Kekite nak lauk simple, mudah masak, cepat siap, cepat makan, cepat habis..pas tu boleh la rehat kekenyangan sambil nengok tv goyang kaki.  Kejap lagi boleh lah buat kerja-kerja rumah yang terbengkalai.  Kalau nak sediakan  lauk dah sekian setengah hari kat dapo, bila lagi la nak makan.  Meraung tak berlagu lah perut cik ahkak.  Sekian.

Bersawang itu perkara biasa..

$
0
0

Blog penuh bersawang lumrah seorang blogger suam suam kuku macam cik ahkak.  Banyak tenggelam dari timbul.  Bukan menyindir ke apa tapi itu realiti. Tengok gigih cik ahkak pepagi gi sorong vakum tu ke hulu ke hilir (dalam rumah jak pon)..kuikuikuiii!!!.. sedut debu dan sawang labah-labah yang tak diundang.  Nak kata sibuk mengalahkan menteri tu tak jugak, tapi cukuplah sekadar umpama sotong bertangan lapan.  Syukur dikurniakan Tuhan tangan lengkap kiri kanan, masih dapat buat kerja dengan sempurna.  Sekian dan selamat menyapu sawang dalam blog memasing selepas ni ya..

Viewing all 185 articles
Browse latest View live