Quantcast
Channel: resepi masakan mudah
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Masuk Kandang Kambing, Dia Menyalak..

$
0
0
Salam sejahtera. Alkisah dia mencari daun ketumbar dan daun limau purut nak buat tomyam, boleh katanya tak jumpa. Cenggitulah kalau malu bertanya sesat jalan, dik. Kita datang ke tempat orang, biarlah beradap sopan, bukan melalak biar satu dunia dengar. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaum..bukan menyalak memanjang. Kan dah terkena kat batang hidung sendiri dah.
Tinggalkan kisah si ntah apa-apa daun ketumbar dan daun limau purut tu. Naik menyampah sikit cik ahkak dibuatnya. Jadikan ianya satu pengajaran buat awak, ye, dikk. Ni cik ahkak nak share lagi foto sepanjang cuti-cuti Sarawak minggu lepas.
Satu perkara yang sungguh meninggalkan kesan pada cik ahkak ialah para pemandu di Mukah ni. Driver nya.. ya ampunnnn.. punyalah penyabar., cik ahkak tak tipu. Sepanjang berada di bandar Mukah, TIDAK PERNAH langsung dengar bunyi kereta hon-hon, tau. Tuhan saja yang tahu, betapa terkejutnya cik ahkak di buatnya. Tak da driver bawa keta macam pelesit, masuk mencelah, main mencucuk ikut dekat-dekat kat belakang.. semua tu tak da dalam kamus driver kat Mukah ni.  Tak caya?.. Tak pa.
Ni taman kat  depan bazaar Ramadan, lepas beli barang-barang sikit dan boleh lah duduk lepak menikmati udara petang. Suasana yang sungguh harmoni.  Kerusi taman disediakan di sepanjang taman ni.

Chimney.. Ni sebelah hotel King Inn saja.
Ni belum suku dari semua foto yang cik ahkak amik sepanjang berada di Mukah. Percutian yang menyeronokkan terutama buat bebudak nih tengok tempat baru di lihat. Kalau sesat ke apa ke, jangan malu tanya kat orang.  Memandai ko cari jalan sendiri, guna gps ke google maps ke sekarang ni, okay..hahahahaaaa!!!..  Hanya daun ketumbar dan daun limau purut takda GPS la weeyyy.. sekian.



Terendak sana sini..kat mana?

$
0
0
Salam sejahtera. Lagi tunjuk gambar terendak.. Nak tengok terendak gergasi, KLIK SINI . Terpikir gak cik ahkak nak buat Kek Lapis Terendak.. ko adee?.  Saja angan-angan mat jenin..kuikuikuii!!
Udang!!!.. ya ampunnn, punya la besar. Nak buat tomyam ni sedap gak tapi tak jumpa pulak daun ketumbar dan daun limau purut bak kata  Dania.. wakakakaaaa!!!..
Zoom in..terendak lagi. Ni cik ahkak jumpa terendak kat Pantai Mukah aka Kala Dana. Tempat ni tempat tapak Pesta Kaul. Pesta Kaul tiap-tiap tahun di adakan kat sini.
Market sayur, buah-buahan kat Pasar Mukah. Kalau kat Sarawak, tempat macam ni, kami panggil "tamu". Banyak jenis sayur, hasil kraf tangan, kuih muih, biskut dan macam-macam lagi terdapat di sini. Dorang kat sini semua ramah-ramah belaka dan mesra.
Sempat gak cik ahkak rembat segala jenis buah tangan nak bawa balik. Orang macam saya ni, memang suka jenjalan tempat ada jualan kuih kering dan makanan. Kalau boleh semua dia nak..hahahaaaa!!..
Haaa.. lagikkkk!!!.. Sayang gak tak dapat amik gambar corak atas terendak tu. Benda tu tinggi sangat ke atau cik ahkak yang pendek?. Memang la tak dapat pasal I amik gambar tu dari arah pantai, rendah la weeyyy!..waakakakaa!!.. Dah, balik lagi, buat entry makanan ke, kek ke, ntah apa-apa ke lepas ni. Naik muntah hijo kang asyik tunjuk gambar kekite gi melancong ke Paris. Sekian.




Topping Kek Cawan

$
0
0
Salam sejahtera. Entry makan-makan tertunggak sebab nak tunjuk gambar cuti-cuti sebelum ni. Ni tengok topping kek cawan kaler pink pulak tu. SB buat kek cawan ni bulan lepas, baru hari ni nak tayang. Untuk topping kali ni, hakak baru jugak belajar nak guna fresh cream. Sedapnya ya amppunn.. tertunai gak hajat nak menternak lemak untuk bekalan tahun 2017..kuikuikuii!!! gelak sambil lap aikmata.
Nampak tak kecomotan nya kat situ?. Cik hakak remaja purba baru belajar, dik..haahaaa!!.. Takda benda sempurna kalau tak selalu praktis, betul tak?. Kalau setakat untuk selera anak tekak SB sendiri, topping comot ke tak, janji sedap dan boleh telan. Perkara baru cik hakak pelajari bila nak pukul fresh cream ni.. utensil yang kita nak guna sebaiknya letak dalam peti ais, seperti pemutar (stainless steel) yang boleh cabut dari mixer tu dan bekas untuk memukul fresh cream. Bekas kena bebas minyak dan dalam keadaan sejuk supaya fresh cream cepat kental dan teksturnya cantik terbentuk bila di paip nanti. Untuk menghasilkan warna lebih cantik, seeloknya sediakan fresh cream sehari awal sebelum digunakan. Bila fresh cream dah kental, masukkan warna, gaul sebati dan simpan dalam bekas tertutup kemudian letak dalam peti sejuk.
Contoh warna pada fresh cream yang telah disediakan pada hari sebelumnya. Warna agak matang, terang dan lebih cantik berbanding dengan foto sebelum ini.  Nampak tak perbezaan nya tu?. Try and error, itu sudah pasti berlaku dalam dunia memasak..cheewaahh!. Sekian.

Serius ke suka-suka?

$
0
0
Salam sejahtera. Ni nak bisnes serius ke suka-suka?.. Tak boleh nak jawap. Cik ahkak nak bisnes serius?..Biar la betul sikit.. SB bukan jenis bisness minded so biarlah setakat untuk suka-suka dan melepas gian dan mengisi masa lapang. Bukan hari-hari pon kekite makan besikut.
Ni cuma separuh dari tempahan Tart Nenas Rosalinda yang SB siapkan time raya hari tu. Masa buat COD tu baru teringat nak amik gambar. Terima kasih pada kawan dan kenalan.  Penat?.. Tak perlu di persoalkan, janji dapat kepuasan dan hati gembira.  Sekian.


Kek Lapis Cheese Coklat

$
0
0
Salam sejahtera. Dah abis entry cuti-cuti hari tu, naik kematu kang bijik mata nengok..kuikuikuiii!!. Sapa penah makan Kek Lapis Cheese Coklat?. Kesedapan dan kelemakan nya itu sungguh..ya ampuunn!!.. Nampak sangat la SB ni suka makan kek, ye dakk.

Tu diiiaaa.. sapa nak, sila angkat loyang sekali.  Ni entah kali ke berapa dah cik ahkak buat kek lapis Cheese coklat.  Agak-agak dalam tahun ni saja dah banyak jugak yang SB buat. Sikit je buat untuk sendiri makan, selebihnya, kengkawan yang banyak order.  Resepi kek ni SB cedok dari SINI dan SINI .  Terima kasih pada empunya blog.
Aikk!!.. Tetiba keluar pulak si pusak sekor ni.  Muka buat macam tak bersalah pulak daahh..hahahaa!!.. Sebab ko tu kucen kesayangan kakak, diampunkan kesalahan awak yerrr.. Tau dak, habis sofa cikahkak berbulu putus benang gara-gara cakaran si pusak ni. Nanges lap aik lio jap cik ahkak nengok sofa tu dah lunyai hancusss..waaaaaaa!!!.. Sekian.

Kaitan Si Pusak Dan Ayam Goreng?

$
0
0
Salam sejahtera. Ni bukan nak kongsi cara goreng ayam. Goreng ayam, sapa-sapa pon tahu, tak perlu tutorial. Cik ahkak nak share resepi salutan ja..kedekut . Untuk salutan ringkas macam yang SB tunjuk kat atas tu, kita hanya perlukan tepung gandum, lada sulah, serbuk cili, garam, bread crumbs dan bahan perasa sikit saja.  Sukatan tu, SB main letak, asal jangan terlebih garam. Gaul ayam dengan telur yang telah dipukul sedikit, lumur pastu bolehlah di golek2 dalam salutan tepung tu. Kemudian boleh lah digoreng seperti biasa.

Hasil kreativiti si pusak ni kan, memang sungguh agung karyanya.. Tu diaa. nanges sambil lap aik lio cik ahkak dibuatnya. Cantek sungguh hiasan kekal sofa tu,kan.
Ni lagi satu hasil kreatif si pusak.  Sungguh menyentuh perasaan cik ahkak..uuwwaaaa!!..nanges lagi kali ni sambil lap aik hidung.  Agaknya kalo si pusak ni join "Pusak Got Talent".. dia boleh menang dak yee? Sekian.

Cinnamon Roll..comot

$
0
0
Salam sejahtera. Kemain bersemangat cik ahkak nak buat cinnamon roll yang tak berapa nak roll..kuikuikui.. Bila membelek bahan resepi kat buku Taste Of Home 2007 Annual Recipes.. cik ahkak geleng kepala saja.  Mana nak cari maple syrup,dik non?. Supermarket pon tak bukak lagi masih subuh..hahahaaa!!.. Lantak je lah SB guna resepi doh donat, lebih kurang la sama jugak hasilnya.  Inti nya pulak superb gila..memang sedap walaupun simple. Untuk inti cinnamon roll, meh sini cik ahkak kongsi. Nak derhaka kat resepi ni, boleh ja asalkan diterima citarasa tekak masing-masing.Sungguh pon comot, bentuk tak sempurna macam buatan bakery / kilang, tetap SB abaikan, janji sedap, cicah ngan air teh..woohoooo!!!..



½ cawan gula perang (banyak pon takpa)
2 sudu makan tepung roti
4 sudu makan serbuk kulit kayu manis
6 sudu makan butter
Campur semua bahan ni hingga sebati dan taburkan atas doh yang sudah dibentukkan leper sebelum di gulung dan di potong. 

Cadbury oh Cadbury..daku kecewa TAU!!..

$
0
0
Packing lama coklat Cadbury dalam balang
Salam sejahtera. Lama tak keluarkan entry pasal coklat kegemaran cik ahkak ni iaitu coklat Cadbury. Dalam tahun ni, SB terperasan sikit tentang packing terbaru coklat Cadbury yang terjual dalam balang ni. Nampak perbezaan dari segi packing dan yang lebih mengecewakan ialah kualiti coklat itu sendiri. Sedih sambil lap aik mata SB dibuatnya. Manakan tidak?.. Dah la packing satu satu tu agak susah nak buka, pastu rupa bentuk coklat tu sendiri, bila SB keluarkan, YAA AMMPUUNNN!!!  Betul betul mengecewakan hati yang dah sedia remuk redam ni..sobsobsobbb!!..
Packing terbaru coklat Cadbury..hancusss!!!..Takda kualiti coklatnya
Tu dia packing terbaru coklat Cadbury yang SB beli tidak lama dulu, rasanya sebelum bulan June tahun ni. Rupa kemain tapi kualiti coklatnya memang sungguh menyedihkan. Lagi menyedihkan bila SB terpaksa sound kat kengkawan dan sedara mara, tempahan KEK LAPIS CADBURY atau lebih dikenali sebagai KEK LAPIS INDIA akan dihapuskan dari senarai tempahan kek lapis SB. SEdeyyy sesangat tau!!. Kepingan coklat Cadbury yang terbaru ni memang sangat mendukacitakan SB. Tak dapat nak di bubuh dalam kek lapis dah.. hancur cair dan rasa nya kureng enak.  Tak pasal pulak rasa kek lapis Cadbury nanti pon hancuussss!!! gara-gara kepingan coklat Cadbury tu nanti. Sabar lah wahai hati. Sekian.


Makan! Makan! dan MAKANNNNN...

$
0
0
Salam sejahtera. Nak tayang acara makan-makan-makan.. syukur gak Tuhan dah bagi mulut lidah segalanya lengkap sempurna untuk cik ahkak dapat merasai makanan hingga ke saat ini.  Tu diaaa.. spageti gerudi ke hapa, cik ahkak masa zaman purba dulu, tak penah jumpa spesis gini..hahaaa!.. Sila gelak ramai-ramai.  Dah tua bangka macam ni baru nak merasa makanan kebanggaan omputeh ni yeeee..
Ni pulak.. puding ke apa? jeli? Ehhh.. bubur nasi hancur cakap you. Paling senang nak sediakan bila dah abis kering idea nak masak apa. Menu terbaik bila demam sakit semua tu,kan.  Kasi molek lagi, kekite tabur daun bawang dan hirisan daging ke,.. La ni takda bawang goreng ye, dik.. Cik ahkak sakit tekak, demam lagi, jadi bawang goreng tak sesuai untuk diletak dalam bubur ni.
Haaaa!!.. Terkelip-kelip dah mata cik ahkak..apa benda tu?..hhrrmmm.. Nak tau tak nak pon takpe..kihkihkih..  KLIK SINI kalau nak tahu..hanya bahan utama tu ja yang cik ahkak tukar,okey.
Skill amik gambar cik ahkak sungguh keeeeee...lllaaauutttt!!....wahahahaaa!!.. Abaikan saja, setakat guna kamera compact, takde nya heran.  Lain la kalo kamera panjang sedepa, memang tak boleh la lawan dah..hihihiii.. Ni pulak kek span kosong, dik Non. Memang KOSONG..rasa vanila pon sikit jaa.. Paling sedap kalau ganding ngan air teh secawan. Setakat ni ja dulu SB kongsi gambar makanan kekite , hingga jumpa lagi di lain hari.

Bila SB main-main ngan resepi, ni la hasilnya..

$
0
0
macam belacan pon ada..
Tak elok awak main-main ngan resepi derhaka ,tau.. Kalau hasil dari main-main resepi tu, tersangat sedap, apa salahnya?.. Tapi kalau akhirnya kena derma tak ikhlas kat cik tong, jawap la sendiri.  Bukan nak tunjuk pandai ,  tapikan dalam bidang masakan ni, apa salahnya kita memain sikit. Jangan seyes sangat, tak elok untuk kesihatan.  Ni cik ahkak nak share resepi memain tapi menjadi jugak akhirnya. Alkisah, nak buat Kek Lapis Coklat Cheese katanya.. tapi cheese tak da dalam stok. Sedeyyyy!!.. Jadi bahan pun kureng, cik ahkak buat saja la mana yang ada, saja tak da keja ko eekkk!!..

2 biji telur gred A
200gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
120ml air panas
130ml susu cair
120ml minyak jagung
170gm tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko
 
Pukul telur + gula sampai kembang, bubuh esen vanila + garam sikit, masuk susu cair dan minyak, gaul sebati.  Lepas tu kaup balikkan tepung dan serbuk coklat yang dah diayak. Gaul lagi sampai rata tak berbintil. Masukkan air panas, putar kejap. Dah pon siap adunan. Masukkan dalam loyang kecik 6inchi atau kecik lagi (adunan tak banyak). Kukus selama sejam gitu.  Taaadaaa... dah siap kek coklat main-main ngan resepi. Honestly, kek coklat adaptasi dari kek lapis coklat cheese ni memang sedap, moist dan kaya rasa koko. Nampak tak bahan-bahan yang digunakan, agak simple dan senang saja. Sekian dan selamat main-main ngan resepi.




Cucur Ubi Kayu..pernah makan??

$
0
0
Salam sejahtera. Update entry sarapan hari ni. Makan apa pagi ni, uolls?. Penah dengar atau makan cucur ubi kayu?. Cik ahkak luar sana tu yang datang sezaman purba macam SB tak kan tak pernah merasa ubi kayu. Sedap ooii!.


Nahh, ubi kayu siap potong kecil-kecil dan di rebus hingga empuk bersama garam sikit. Toskan hingga kering. Saiz terpulang pada citarasa memasing. Nak potongan besar gedabak, masuk mulut pun tak muat..sukati la. Saiz bite size pon boleh, bebudak senang nak makan.


Rahsia salutan tepung goreng rangup?.. Cik ahkak kongsi sini, senang beb!. Campurkan tepung gandum dengan baking powder banyak mana pon boleh. Tapi jangan lebih dari sukatan tepung gandum,k. Nak lagi senang?.Guna ja tepung goreng pisang dalam kotak sedia terjual..hihihiii.. Bubuh garam lagi sikit pastu bancuh dengan air masak, gaul dan pastikan adunan tidak terlalu cair.  Peram seketika dalam 2-4 minit adunan tu.


 Salut ubi kayu rebus tu dengan adunan dan deep fry hingga warna keemasan dan garing. Sedap dihidang panas-panas bersama kopi secawan.  Sekian.


Durian Ice Cream

$
0
0
Salam sejahtera. Seperti sebelum ni, hujung minggu cik ahkak kongsi resepi dicedok dari SINI tempek dalam blog. Minta dihalalkan ya!. Jum tengok resepi durian ice cream ( tau-tau ja sekarang musim durian).

Ingredients:
250ml whipping cream
240g durian flesh
240g condensed milk
1 teaspoon vanilla essence
1 to 2 pinches of salt

 1. In a bowl, add whipping cream, vanilla essence, and salt.
2. Whip the mixture until stiff peaks form.
3. Add durian and condensed milk.
4. Whip for 1 minute or until the durian is well mixed in.
5. Pour mixture into an ice cream tub.
6. Freeze for at least 4 hours before serving.

Untuk resepi-resepi lain, boleh tengok SINI

Kerosakan biasa pada bread maker

$
0
0
Ni foto memula SB guna bread maker Elba
Salam sejahtera. Lama tak keluar entry pasal bread maker kesayangan cik ahkak ni, si Elba.  Hari tu SB standby semua bahan untuk buat bread kosong. Dah susun elok dalam bread pan, check kneading blade okey semua pastu gi tit tuut tiit tuut, set semua pastu tekan button ON.  Bunyi pelik pulak keluar, bila buka penutup, adunan tak bercampur langsung, check kneading blade, HHAAHH?!!.. Tak berpusing langsung. Check dashboard sekali lagi, tiitt tuutt tiiit tuuut.. eh? okey pulak setting semua. Sedey tak sedey, lap aiklio jap cik ahkak tambah lagi peluh basah ketiak segala, belek atas bawah kiri kanan bread maker kesayangan ni. Takda pulak yang mencurigakan.  Mau taknya kena tunggu abang mekanik balik keja, sambil tu tengah susun ayat carik idea nak mengadu buruknya perangai cikahkak..kuikuikuii!!.. Dalam pada masa yang sama, cik ahkak gi pulak mengorek kat Pakcik Google sorang ni. Korek punya korekkkk...hhaaaaa!!! Tu dia, terungkap misterinya..
Drive belt yang perlu diganti baru
Drive belt bread maker Elba cik ahkak hancus, berkecai, putus dan entah apa-apa lagi gelaran yang sesuai bagi menggambarkan situasi tu..dasyhaatttt!!!. Yang ni bila abang mekanik dah bedah post mortem segala, baru dapat di keluarkan drive belt. Tu pon punya lah payah nak bukak, skru mata tiga ada, skru mata empat pon ada.  Membakar lemak sungguh time bukak bread maker ni, tau. Drive belt atau ada orang gelar timing belt ni, agak amik masa jugak SB carik kat tenet mana orang ada jual.  Pakcik Google dan Mak Youtube cakap, drive belt putus atau renggang adalah kerosakan biasa pada bread maker. Alahaaiii.. mau tak nya cik ahkak kena gi mengadu dan korek kat gerai Pakcik Lelong, market Makcik Mudah.com, Uncle Amazon lagi..naik kematu hujung jari cik ahkak tekan-tekan keyboard.  Last-last, sangkut kat gerai Pakcik eBay US.

Aaaaa... pinjam gambar dari Pakcik eBay. Macam ni la rupa drive belt @ timing belt untuk bread maker Elba cik ahkak.  Huhuuuu...kena korek tabung Paypal cik ahkak lagi lah ni.  Harga?!!.. Nanges aiklio basi japp cik ahkak.  Pakcik eBay jual dengan harga USD 16.49 (kejut beruk japp) tambah postage USD 13.25 .. huhuuuuu!!! Nanges tak berlagu lagi cik ahkak sambil tu garu-garu kepala takda ketombe.  Last-last, cik ahkak contact seller tu sendiri, mintak diskaun dengan muka tak malu you you .  Nasib cik ahkak sungguh la baik.. Seller tu Pakcik Danny baik hati, tak sampai 4 jam, terus dia balas e-mel cik ahkak dan bagi kurangkan harga dari USD 16.49 ke USD 10.49.  Hihiiii..lompat-lompat kanak-kanak riang cik ahkak pastu.  Cepat je cik ahkak buat payment guna paypal, baki tinggal la sejemput USD,.tak mengapa lah, hanya kerana bread maker kesayangan cik ahkak, apapon sanggup.  Sekarang ni cik ahkak tengah tunggu la barang tu, lama lagi laaa.. hari ni check shipment item, masih lagi kat Orlando, US.. Dengan penuh sabar cik ahkak tunggu kedatangan drive belt ni. Sekian.

Kuih Kegemaran Sepanjang Zaman

$
0
0
Salam sejahtera. Donat..kuih klasik kegemaran SB sepanjang zaman. Dari masa bergelar remaja purba hingga la jadi mak budak purba ni, donat jugak jadi pilihan. Tapi memilih jugak la, bila donat yang dihasilkan keras kejung, baling kat dinding pon, simen boleh pecah, tu bukan donat pilihan hati SB. Sepanjang mendonat sorang-sorang kat dapur ni, hasil donat memang terbaik, gebus gebasss,..setakat buat untuk makan sendiri pon. Hahahaaa!!.. Tahun-tahun lepas agak banyak jugak SB mendonat sebab tempahan dari orang. Tahun ni SB senyap sikit kalau pasal mendonat. Pencen mendonat..
Yang bulat-bulat atas tu, kesnya sebab tak mo uli doh banyak kali.. dasar pemalas ke apa? Hihiiii.. abaikan kemalasan yang terserlah dalam blog SB. Jimat masa, dik!!.. Terap-terap, simpan tepi 5-10 minit pastu goreng. Dah pon siap!!.. Sekian dan selamat mendonat.

Nangka + cempedak jadi..

$
0
0
Salam sejahtera. Agaknya sapa la yang "kawin" kan dua jenis buah ni jadi satu.. Isi nangkadak ni sedap, lunak, harum lagi gebu. Tapi dalam tu tak banyak isinya.. kurang dari 30 biji. Nak buat cucur ? Tak payah, kalau goreng lagi tak cukup, bagus makan macam tu saja..hihii..
Buah ni cik abang tanam sendiri lepas tu biar kan saja.  Sedar tak sedar, berjaya jugak mengeluarkan  buah walaupun sebijik.  Geram tau tengok isi nya tuhh. Bebudak lagi suka makan buah ni bila cik ahkak simpan dalam peti sejuk, lagi sedap.  Harapnya berbuah lagi la banyak lepas ni.   Hari Jumaat ni, korang masak apa eh?.  Cik ahkak tengah pikiran masak ke tidak masak ke tidakkkk. Bunyi macam pemalas  tapi sebenarnya tidak..kuikuikuiii!!..Sekian.


All the way from Tavares, Florida US

$
0
0
Salam sejahtera. Cik ahkak gumbira, tersangat gumbira bersebab.. tu haaa, tengok.  Barang yang cik ahkak order dari Pakcik Danny, Florida dah selamat sampai.  Punya la banyak tempat dia singgah, dari Florida ke Miami, minum kopi jap kat Orlando pastu naik flight dan makan angin kat Dubai. Dari Dubai baru lah menyangkut kat Malaysia.  Hari tu kat email katanya dalam 28 August 2016 hingga 8 September barang akan sampai.  Lagi cepat, lagi bagus, 5 Stars dah cik ahkak tempek kat akaun seller eBay Pakcik Danny ni..hahahaa!!..
Ni lah drive belt untuk Bread Maker Elba BM8380 cik ahkak. Cerita pasal kerosakan biasa pada bread maker tu kira dah selesai. Lega nya yaa ampun, spare part dah sampai dengan cepat dan selamat.  Heh!?..Benda kecik macam ni je yang rosak tapi harga nya tuh, kesat aiklio cik ahkak jadinya.  Barang ni di hantar kat tempat cik ahbang kerja. Kalau guna alamat rumah.. tak yah tunggu, ke laut jawapnya sebab tau-tau je lah, nombor rumah kampung bukan macam cari alamat perumahan atau pejabat.  Lompat-lompat kanak-kanak riang cik ahkak kejap bila cik ahbang wasap gambar drive belt tu.
Ni yang sangat gembira, dah dapat pasang balik. Semua kerja ni cik ahkak serah bulat-bulat buruknya perangai kat abang mekanik aka cik ahbang. Senyum sampai telinga la weehhh!!.. bread maker Elba cik ahkak dah pulih seperti sedia kala.  Siap gi testing dashboard ttiitt ttuuut ttiiit tttuuutt..kneading blade berpusing normal. Lega rasanya..  Nampak gayanya kalau ikut penggunaan ganas bread maker Elba cik ahkak ni , macam lebih kurang 2-3 tahun sekali kena tukar drive belt ni.  Tapi tak pa, alah membeli, menang memakai. Sekian.



Sarapan pagi yang ringan

$
0
0
Salam sejahtera.  Hari ni cik ahkak takda post entry berat.  Mulakan hari mu dengan sarapan pagi yang ringan, secawan kopi pekat.  Segar bugar bijik mata cik ahkak dibuatnya.  Ni contoh bekfas orang pemalas . Ringannya yaa ampunn, baling kat dinding pon simen tak retak..kuikuikui!!.. Cucur pisang, beb!. Ni ja yang mampu perut cik ahkak terima. Kalau awal pagi dah pekena nasik lemak, mi goreng ke apa, alamatnya sampai ke petang la perut cik ahkak akan kenyang.  Mau tak nya malam baru terasa lapar balik.  Huhh!.. dasar perut orang cekeding, macam tu laaa...  Selamat menjalankan tugas buat yang start keja hari ni.  Cik ahkak hari ni tak gi joging, dia gi blogwalking jaaa...hahaaa!!.. Sekian.

Donut gebu dan comel

$
0
0
Salam sejahtera.  Mari belajar buat donat.  Walaupun ada gak pikir macam topik budak tadika, tapi tak pa lah ya.. hihiii.. dah nama blog resepi masakan mudah, benda mudah dan simple je yang anda akan temui kat sini.  Nak hidangan macam pakcik Heston punya..tak yah carik..kompom tak jumpa.

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
5gm yis
90ml air suam
1 Sudu makan shortening
2 Sudu makan mentega/majerin pon boleh
1 Sudu makan susu tepung
2 Sudu makan gula
Secubit garam
1 Biji telur gred A

 Yis, gula, mentega/ majerin, shortening, susu dan air suam di campur dalam satu mangkuk. Kacau kejap dan tutup. Biarkan selama 10 minit atau hingga berbuih macam dalam gambar kat atas tu.

Pukul telur dan masukkan ke dalam campuran yis, gaul dan masukkan tepung serta garam.  Uli hingga menjadi doh kenyal yang tak lekat kat tangan.  Cik ahkak biarkan dia mengembang 2 kali ganda. Nampak elok kejadiannya.

Bila doh dan kembang, tumbuk-tumbuk sikit, pastu uli sekali lagi.  Dah tu boleh la di canai dan terap guna acuan donut.  Lepas abis terap, biarkan selama 10 minit lagi dan boleh lah digoreng hingga kuning keemasan.  Amacam?.. senang tak senang buat donut?..  Kacang, beb!..heheheee.. Sekian.


DAHFA FISH FILLET Crispy

$
0
0

Salam sejahtera.  Sehari dua hari ni ramai kawan blogger post entry Merdeka jenjalan, masak-masak..meriah kan.  Ni cik ahkak tetiba keluar kan tajuk DAHFA FISH crispy..apa mimpi memalam buta?  Hidangan DAHFA Fish crispy ni sedap, boleh buat musim perayaan ke apa. Tapi cik ahkak suka makan tak perlu tunggu musim perayaan baru nak buat.

Snek ikan DAHFA ni memang agak famous gak kat Sarawak sebab keluaran tempatan. Kilang pembuatan DAHFA ni kat Bintawa kalau tak silap Cik ahkak.. mohon carik kat Pakcik Google.  Cik ahkak tak pasti lah kat Semenanjung ada ke tidak produk ni, ianya di jamin halal dan memang snek yang  menyihatkan. Satu perkara tentang DAHFA FISH ni, teksturnya liat sikit tapi sedap.

Jadi macam biasa buat, cik ahkak derhaka sikit modified  DAHFA FISH ikan ni, dari liat, kita buat ianya crispy. Magic tak magik?..Kuikuikuii..  Memula gi beli DAHFA FISH FILLET duluan. Ianya ada kategori, satu fillet dan satu lagi lebih kurang macam potongan mee, halus.  Jadi kita pilih yang FILLET.  Potong ikut suka saiz besar ke kecik.  Jangan kecil sangat sebab nanti mudah hancur.
Susun dalam loyang, bertimpa-timpa 3-4 keping tak pa asalkan jangan membukit.  Panaskan oven dalam lebih kurang 80C, api atas bawah.  Bila dah cukup panas, masukkan loyang berisi DAHFA FISH FILLET potong dan tutup pintu oven.  Dalam anggaran 7-10 minit (jangan lebih dari 10 minit)  macam tu, keluarkan dan biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam bekas kedap udara.  Hasilnya memang rangup dan sedap.  Selamat mencuba.

Saltcheese lapis tabur nestum atas..

$
0
0
Salam sejahtera. Asal Sabtu Ahad, sunyi sepi blog cik ahkak. Almaklumlah, cuti hujung minggu katanya.. Yooletewww, cuti la sangat..kuikuikuii!! Cik ahkak duk rumah okey, no cuti cuti dah.. tunggu task online atau tempahan kek ada, baru lah cik ahkak keja macam nak rak. Haaaa.. itulah kelebihan surirumah sepenuh masa, dik. Jangan pandang rendah tau ngan dorang surirumah ni.  Dia duk diam diam cenggitu, jangan ingat dorang takda side income, atau membebankan cik somi yang bekerja.   Nak kata ribu riban dapat setiap kurun, memang TAKDA..diingatkan semula, memang TAKDA..kalau tak berusaha.. Power ayat last tu.
Ni saja nak menyemak blog sekali lagi. cik ahkak buat non baked cheese cake.  Resepi nya mudah saja. Taip kat Pakcik Google, Cheese cake roti marie..haaa tu diaa cik ahkak derhaka lagi kat resepi . Tukarkan saja roti marie tu dengan biskut Saltcheese. Bila dah siap susun, tabur nestum dan simpan dalam peti ais 3-4 jam.  Kalau tak sabar jugak, nak telan kinek kinek (kata orang Srawak), haaaa antam jak sia makan cheese cake lembik ko..
Ini biskut yang cik ahkak katakan tu. Sebungkus pon kira dah cukup.  Nak banyak hasil, kena double kan sukatan bahan.
Kita main-main susun satu satu gitu, lapisan demi lapisan dan ratakan.  Kena ingat, loyang atau bekas yang digunakan mestilah di lapik dengan foil supaya memudahkan kerja nak mengeluarkan kek tu nanti dari bekas.  Nak main cedok sukati lah, dik.
Bila dah habis melapis, taburkan nestum. Kalau nak halus, boleh la dikisar duluan. Kes cik ahkak ni main tabur saja, malas nak blend bagai.
Sila abaikan kecomotan yang terserlah, yang penting sedap. Kan dari awal tadi cik ahkak cakap, alas loyang tu dengan foil untuk memudahkan kerja memotong.  Tengok hasilnya, bila dah keras sikit, angkat foil tu keluar dari loyang dan potong. Senang kerja cik ahkak. Sekian




Viewing all 185 articles
Browse latest View live