Quantcast
Channel: resepi masakan mudah
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Hiasan Biskut Paling Senang

$
0
0
Salam sejahtera. Saja nak ulang tayang gambar lama dari kabinet buruk blog SB..hahahaa!!.. Saja ni nak share ngan anda semua, mana-mana yang tengah godek tenet, cari keyword - hiasan biskut paling senang - ahaaa... ni laa dia, dik. Tak perlu kepingan badam yang mahal, taburan kekacang walnut ke ntah apa atau kena paip aising royal yang belum tentu cantik lakarannya.
Meh sini tengok apa yang SB buat kat besikut-besikut ni. Anda hanya perlu sapu kuning telur yang dipukul sedikit lepas tu lekatkan manik gula-gula bentuk hati. Lepas tu boleh lah dibakar ikut kesesuaian, okey. Amacam?.. dah dapat idea nya?. Sekian.

Cili Kisar

$
0
0
Salam sejahtera. Ni dah takda tajuk yang kebabom lagi? Cili kisar? Astaga...Gelak ramai-ramai. Bukan apa pon, dah resepi masakan mudah nama blog SB, iboh cari resepi ala-ala diva kat sini. Ni nak share gambar cili yang pernah SB tanam tahun lepas. Entri tanam cili pon masuk blog, dik Non..hahahaaa!!.. Punya la lebat buahnya. Dan entah kali ke berapa dah SB petik cili-cili ni, tak sangka menjadi jugak la pokok cili yang di tanam atas sekangkang kera.
Cili-cili I yang pemalu lagi tak fotogenik ni bakal jadi cili kisar. Jika anda ada cili-cili kecik macam ni, simpan dalam esbok, memang tak tahan lama kecuali jika disuntik ngan bahan pengawet..hahaaa!!. Tak pa la, SB nak share jugak cara buat cili kisar yang boleh disimpan berbulan-bulan tanpa rosak.Memula cuci dan keringkan cili-cili tu dan kisar halus bersama 2 ulas bawang putih. Letak dalam bekas, masukkan 1 sudu teh garam halus dan 4 sudu makan minyak masak. Gaul rata-rata, dah pon siap. Kalau di simpan dalam esbok, boleh bertahan berbulan-bulan. Nak buat sambal cili ke apa, cedok je dari bekas.
Dari segenggam cili tu, SB dapat setengah bekas cili kisar. Tak banyak mana pun, tetap gak rezeki tu. Mana tau dah kering idea dalam hotak tak tau nak masak apa, kita makan je cili kisar ngan nasik panas-panas.

Tetiba Cik Ahkak terlio tengok Macao's Portuguese Egg Tarts. 








Kek Lapis Peppermint Coklat

$
0
0
Salam sejahtera. Abaikan alunan lapisan yang tidak sekata itu, okey.. Janji sedap, hadap, kunyah, telan dan hadam. Habis cerita..hahaaa!!..amboi ayat punya la elok ko SB. Repeat order dari kawan peminat setia kek Lapis Peppermint Coklat ni minta SB belah kek dan pack asing-asing. Ikut je lah..friend always right.. Ehh??. Toiinkkk!!..Sekian


Kek Lapis Horlicks Pandan

$
0
0
Salam sejahtera. Lagi nak tayang Kek Lapis Horlicks Pandan yang SB buat sebelum ni. Abaikan alunan lapisan hongbakwindu yang tak rata tu, dik Non. Almaklumlah dah 2 minggu oben SB sejuk, skill melapis agak ke laut sikit. Demi melayan anak tekak sedara SB yang tengah preggy tu, kuatkan segala otot jejari tinggal tulang ni nak melapis..wakakkaaa!!.. Posing yang sama jugak macam Kek Lapis Peppermint Coklat tempohari cuma kaler nya tuh tak sama. Bagi anda yang buat kek lapis bakar atau kukus, satu je pesan SB..
Kek Lapis Sarawak ni tak sedap kalau dimakan sebaik saja keluar dari oben. Betul dik, Cik Ahkak tak tipu. Seeloknya biarkan pada suhu bilik seharian atau semalaman sebelum di makan. Sekian.

Bila Celcom Hantar SMS Kat Kita..

$
0
0
Gelak jap.. So sawit lah celcom hantar sms kat SB pagi ni. Awal lagi dah di block reply dari kita..hahahaaa!!.. saja ko sikda keja. By the way, makaseh la banyak-banyak cik celcom ooiii.. tau la SB ni dah dari zaman purba kala guna perkhidmatan awak.. Ni je yang di bagi nya kat kita..aisehhh!!.. Sekian.

Nak Masak Aloe Vera..

$
0
0
Salam sejahtera. Nampak tak?.. Aloe vera yang SB tanam dengan penuh kasih sayang membesar sebagai juara. Suburnya ya amat.. Geram betul la tangan nak gi petik daun aloe vera ni nak buat lauk. Kalau SB masak aloe vera ni, ada sapa tak yang nak makan?.  Agaknya sebab anak-anak aloe vera ni SB cabut dan tanam kat pasu lain, tu yang gemuk sesangat daunnya. Kegunaan aloe vera ni banyak, dik Non. Salah satunya untuk kegunaan masa anak-anak terkena demam panas. Petik dan cuci bersih daun ni, simpan kejap dalam esbok. Bila dah cukup sejuk, belah dan lumurkan pada kepala dan badan. Memang cukup berkesan sebab SB sendiri pernah buat kat anak bongsu masa dia demam panas. Sekeping tak cukup, biar basah lecun kepala si kecik tu SB tempek. Panas badannya cepat je turun, tapi ubat demam kena bagi jugak tau.. Sekian.

Kuih Kegemaran Sepanjang Zaman

$
0
0
Salam sejahtera. Donat..kuih klasik kegemaran SB sepanjang zaman. Dari masa bergelar remaja purba hingga la jadi mak budak purba ni, donat jugak jadi pilihan. Tapi memilih jugak la, bila donat yang dihasilkan keras kejung, baling kat dinding pon, simen boleh pecah, tu bukan donat pilihan hati SB. Sepanjang mendonat sorang-sorang kat dapur ni, hasil donat memang terbaik, gebus gebasss,..setakat buat untuk makan sendiri pon. Hahahaaa!!.. Tahun-tahun lepas agak banyak jugak SB mendonat sebab tempahan dari orang. Tahun ni SB senyap sikit kalau pasal mendonat. Pencen mendonat..
Yang bulat-bulat atas tu, kesnya sebab tak mo uli doh banyak kali.. dasar pemalas ke apa? Hihiiii.. abaikan kemalasan yang terserlah dalam blog SB. Jimat masa, dik!!.. Terap-terap, simpan tepi 5-10 minit pastu goreng. Dah pon siap!!.. Sekian dan selamat mendonat.

Swiss Roll Mudah

$
0
0
Hi, salam sejahtera. Bebalik amik gambar, cam tu jugak posing nya..bebalik camtu jugakkkkkk... Nah SB belanja foto dari kabinet bersawang. Macam sedap macam tidakkk..hahaahaa!!! Suis roll mu failed. Gelak ramai ramai. Nampak sangat rongga besar berliang. Skill mensuis dah kelaut gamaknya.  Swiss roll ni bukan untuk dijual, dik Non. Sendiri makan okay.. Swiss roll ni kan, cik ahkak cedok resepi dari KITCHEN TIGRESS . Yang cik ahkak sinun buat, ya ampuunnn..nengok video kemain gebu gebas swiss roll nya tuh. Makaseh ye KT, blog yang sungguh awesome. Cik ahkak sitok sik berani nak kopipes resepinya sebab bersebab. Anda tengok la blog cik ahkak sinun KT ni,k. Sekian dan selamat mensuis roll..

Mini Chocolate Cupcakes

$
0
0

Salam sejahtera. Nampak tak kecik-kecik bite size..sekali ngap terus hilang. Ni lah mini cupcakes chocolate moist yang SB penah buat. Baru kali ni dapat tempek dalam blog. Hiasan mudah atas tu pulak adalah fresh cream, tabur sikit dengan manik-manik gula warna warni. Masa ni, SB takda cupcakes stand, jadi letak sajalah dalam piring besar gini.
Sebelum di solek, lebih kurang macam ni la legam nya cupcakes SB..hihihiiii... Sekian.

Bihun Goreng Cangkuk Manis

$
0
0
Salam sejahtera. Hari ni masak apa?. Jemu makan nasik berlauk, jum kita masak bihun goreng cangkuk manis yang simple tapi sedap. Tak banyak mana pon bahan yang diperlukan. Sayur cangkuk manis tu tak perlu la banyak mana, telur sebiji, bihun sebungkus pastu perasakan dengan garam. Yang penting sayur cangkuk manis tu kena ramas hingga hancur berderai baru cantik warna bihun tu nanti. Tak caya boleh cuba dik. Jangan guna pengisar sudah..hahahaaa!!.. Goreng macam biasa, panaskan minyak, pecah kan telur sebijik, gaul-gaul hingga tak berketul besar, masukkan bihun yang dah di rendam lembut dan akhir sekali masukkan cangkuk manis. Kalau kat Kuching ni, menu bihun goreng cangkuk manis agak famous gak di kedai-kedai makan. Lepas ni Cikahkak tak payah gi kedai, order bihun cangkuk manis..hahaaa!!.. sendiri buat pon boleh.  Sekian.

Nak Makan Karipap Tapi..

$
0
0
Bila terjumpa resepi yang menggunakan doh, mula lah perasaan malas melanda. Oleh sebab itu, kali ni SB sharethisstory macamana nak buat kulit karipap daripada kepingan roti. 

Bahan-bahan:
- 1 dada ayam (dipotong kiub)
- 1 biji kentang (direbus dan dipotong dadu)
- 1 biji bawang merah (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 sudu besar serbuk kari
- garam secukup rasa
- 1 pek besar roti
- 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
- Minyak masak

Alat-alat:
- Acuan karipap
- Rolling pin

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan daging ayam dan tumis sehingga masak.
3. Masukkan kentang, serbuk kari dan garam..
Untuk resepi selanjutnya boleh la klik sini.. (Takda reward apa pon SB dapat dari ni, tau..free I kasi resepi) 


Gabungan Mantap

$
0
0
Salam sejahtera.. Nampak tak apa yang SB tempek kat blog hari ni?.. Oyeaahhh..tomato dan kacang bendi. Si kacang tu tak fotogenik..pemalu so dia duk belakang tomato, sembunyi katanya. Walau apa pun, ni adalah gabungan mantap sayuran SB kali ni. Kenapa?
Nahhhhh!!!.. Ya ampun..besar gedabak punya kepala ikan. SB tak reti nak sebut apa nama ikan ni tapi saiz yang begitu besar memaksa I panggil cik hubby untuk gi kerat 8 kejammmm.. palak ikan ni..hahahahaaaaa!!.. Masak apalagi?.. Kari asam pedas la dik. Bila semua dah masak, lupa pulak nak snap gambar almaklumlah  masa tu kita berkumpul ramai-ramai makan dengan sedara-mara. Bila teringat nak ambil gambar, cuma tinggal kuah nya aja ya bukkk,.. Pernah jugak SB tempek resepinya KAT SINI. Boleh cuba resepi simple tu. Bahan-bahan senang ja dik.  Sekian.

Popia Sira Pedas Manis

$
0
0
Salam sejahtera. Sapa tengah cari resepi popia goreng sira pedas manis?.. kompom la takda..hahahaaa!! Gelak lah sorang-sorang. Resepi popia sira dari zaman purba kala sedap rangup, pedas tambah rasa manis lagi.  Orang lain dah berkurun lama simpan dan buat resepi ni. SB baru saja nak merangkak masuk dapur carik kulit popia. Susah mana ja nak buat ni, dik.. Kulit popia tu gulung-gulung, sapu hujungnya guna air masak sikit pastu potong. Dah tu goreng la hingga keperangan sebelum di angkat dan tos. Untuk sos sira, lagi mudah dan sempoi. SB tak guna sukatan apa pon, campak-campak sos cili, mentega, madu dalam botol, gula sikit dan pes cili dalam kuali, gaul dah pon siap. Nak kasi solek lebih, tabur lah bijan putih lepas tu masukkan kuiit popia yang dah digoreng tadi ke dalam sos sira tu. Gaul rata, sejukkan dan boleh la disimpan dalam bekas kedap udara. Sekian.

Mula lah tuuu..

$
0
0
Tak boleh cuti sikit..bila cuti sekolah, blog cik ahkak pon cuti sama..kihkihkihhh!!.. Bukan tak da idea, tapi sibuk nya makin ya ampun. Orang cakap, cuti sekolah, para suri rumah pon boleh cuti sebab anak-anak tak di sekolah.. OOiiii!!.. sapa cakap suri rumah boleh cuti gak bila anak-anak cuti sekolah?.. Banyak cantik la muka bulan ko. Ni haa satu bukti yang menyatakan suri rumah takkan dapat cuti sekolah sampai bila-bilaa..hahahaaa!!!..
Cik Ahkak guna kesempatan cuti sekolah ni dengan buat kek Lumut Perak . Jangan dok pikir, kek kukus lumut ni main campak, putar tikam sukati dalam loyang pastu tinggal kan dalam kukusan 3-4 jam cenggitu jaaa.. api dapur kena jaga, air kukusan kena selalu check,okay..
Nama saja cuti sekolah, dik Non.. dapur tetap berasap. Nak makan kat luar hari-hari, kering poket cik hubby,.. Baik gi tangkap ikan dalam kolam belakang rumah pastu goreng buat lauk. Nak goreng ikan ni memang la senang, tikam jaaa dalam kuali yang dah ada minyak panas-panas. Jangan silap tikam kang nanti kena tembak dek minyak, lukus kulit bak kata orang Sarawak.
Nahhh... dalam diam-diam tak hapdate belog, cik ahkak tetap gak menyempurnakan hajat kawan baik yang nak merasa kek span perisa kopi. Makaseh ya.. Pejam celik pejam celik..lusa bebudak mula bersekolah seperti biasa. Oyeaahhh.. kembali kepada normal life katanyaa.. yelaahtuee. Cik Ahkak bercuti pon belom..sobsobsobbbb.. sekian.



Kuih Makmur versi hijau

$
0
0
Salam sejahtera. Lama tak update blog, makin bersawang ekk..iboh heran.  Ni, SB hadiahkan entry kuih makmur kaler hijau. Takda spesel apa pon sebenarnya. Tambah jaa kaler hijau epal setitik dua ke dalam adunan minyak sapi, tepung dan sedikit garam. Uli sebati, bentukkan bulat dan bakar. Resepi kuih makmur SB ni paling ringkas, takda inti kacang dan hanya bersalut gula aising.
Yang ni kuih makmur belum di solek ngan quputeh.. kihkihkihh!.. Gelak ko. Kuih makmur ni jugak la paling klasik, lagend kata orang kinek. Bubuh la kaler apa-apa dik Non, tetap gak orang panggil kuih makmur.  Seminggu dua ni SB tak menang tangan update entry, alaaa..hari-hari tak menang tangan. Tido malam je dapat rehat. Sekian dan selamat menyambung kerja.



Kek Belacan

$
0
0
Salam sejahtera. Tayang jangan tak tayang..kala ramai-ramai post gambar menu buka posa, iftar.., cik ahkak yang tak posa ni pon sibuk nak tayang gambar Kek Belacan nan sebijik.  Bukan hapa..kejap pejam celik esok-esok dah raya dah, kang kalut carik resepi kek belacan yang sedap lagi moist ni. Ni cik ahkak nak kongsi resepi kek belacan sedap. Cedok dari mana pon SB tak hengat. Untuk tambah pengetahuan dik non, masa kek ni baru masak keluar dari kukusan, ianya memang menggunung, tapi bila dah sejuk tu, ianya akan turun rata dengan sendirinya.  Pastikan kek belacan benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari loyang. Kek belacan ni tak sedap kalo baru masak terus makan. Tak caya cuba lah, korang kan menyesal. Paling elok jika biarkan semalam (suhu bilik) duluan sebelum di makan.

450gm mentega berkualiti tinggi (Golden Churn dan Bakels yang terbaik)
10 biji telur Gred A
Setengah gelas gula
505gm susu pekat manis
170gm serikaya
170gm nestle cream ( SB guna yang dalam kotak saja)
200gm horlicks
2 gelas tepung gandum - di ayak dulu
5-6 sudu makan Browning sugar (kasi hitam sama dia)
2 sudu teh nescafe
1 sudu teh esen vanila

Cara Buat
-Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
-Masuk telur satu-satu sambil dipukul, low speed.
-Masuk esen vanila, susu pekat manis, nestle cream dan serikaya, pukul sebati..jangan lama sangat pukul.
-Masukkan horlicks, serbuk koko dan nescafe. gaul dan pukul rata.
-Masukkan tepung gandum, gaul sebati hingga tak berbintil dan akhir sekali masukkan browning sugar.
-Gris loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper, tuang adunan dan kukus 4-5 jam.

Tips mudah:-
Adunan yang menggunakan browning sugar memang susah sikit nak gaul hingga warna nya sekata dan sebati. Sebaiknya guna mixer untuk menyebatikan adunan bersama browning sugar sebentar kemudian kaup balik guna spatula. Rehatkan adunan selama 10-15 minit sebelum di kukus. Ini untuk memastikan warnanya sekata dan tiada browning sugar berketul-ketul, kaup balikkan sekali lagi sebelum di tuang ke dalam loyang kek.

Kek Lumut

$
0
0
Salam sejahtera. Hari tu SB tayang Kek Belacan, kali ni Kek Lumut. Semua Kek Lumut ni versi kukus, dik non. Tak susah mana pon buat kalau semua bahan-bahan nya ada. Entry SB yang berkaitan dengan Kek Lumut, KLIK SINI . Gitu lah rupa Kek Lumut yang baru keluar dari kukusan. Yang atas nu, dah sejuk suhu bilik, boleh la di bungkus rapi. Tengok jaa bahan yang SB guna, sangat-sangat mudah untuk dicarik. Ada juga versi kek lumut yang menggunakan badam kisar. Tapi kali ni, SB abaikan kerana ia akan menghasilkan kek yang tersangat oily. Jadi terpulanglah pada cita rasa memasing kan, nak yang macam mana. Selamat mencuba

450 gm mentega tulen
180gm gula kastor
10 biji telur gred A
120gm Nestum original dikisar halus
275gm susu pekat manis
130gm horlicks original
130gm tepung kek
2 sudu esen vanila
2 botol kecil pes pandan koepoe-koepoe

Cara buat
- Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga putih.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul, low speed.
- Masukkan susu dan pes pandan, gaul sebati.
- Masukkan nestum, horlicks dan tepung kek. Gaul hingga rata.
- Lapik loyang 8 inci dengan baking paper. Tuang adunan dan kukus selama 3-4 jam.

Tips Mudah:
- Sebaiknya guna mentega berkualiti tinggi dan tepung kek, bukan tepung gandum. Jika menggunakan tepung gandum, tekstur Kek Lumut anda akan kasar dan agak kering.
- Biarkan adunan selama 10-15 minit dulu sebelum dikukus.
- Pastikan air kukusan mendidih semasa memasukkan loyang kek. Jika air kukusan hampir kering, tambah air panas dan proses mengukus boleh disambung semula selepas itu.
- Setakat ni, pes pandan jenama koepoe-koepoe buatan Indonesia yang terbaik dan sesuai untuk Kek Lumut. Brand lain, SB tak kan penah cuba..hehheee!!..

Tart Nenas Rosalinda

$
0
0
Salam sejahtera. Raya tak lama lagi, jum godek godek tenet cari resepi tart nenas Rosalinda. Tart nenas SB ni terkurang penampilan..takda munge munge bagai, dik non. Cik ahkak takdaa koleksi bunga-bunga cinta untuk ditempek kat tart nenas si Rosalinda kali ni. Nak buat hiasan biskut paling senang?.. Tengok ja contoh kat atas tu. SB guna royal aising jaaa..
Takda acuan?.. Jangan carik alasan..hahahaa!!.. Cik Ahkak tak dak guna acuan. Gentel bentuk bulat pastu penyetkan guna hujung jari, dah pon siap. Susah apanya tuhh, cuma kena banyak sabar la part buat besikut tart nenas si Rosalinda ni. Di harap anda semua dah ada semangat nak beraya sakan bila nengok tart nenas Rosalinda yang SB buat ni. Sekian.

Resepi Tart Nenas Rosalinda.. lagi..

$
0
0
Salam sejahtera. Semalam dok tayang gambar tart nenas Rosalinda saja. Hari ni SB kongsi resepi nya pula. Heran cikahkak, dari mana la datangnya idea kasi nama tart nenas ni Rosalinda. Sama sejibik ka rupa? Kihkihkih.. gelak nak penampo . Untuk hiasan tart nenas Rosalinda ni, anda boleh guna resepi royal aising atau pun guna serbuk meringue yang dicampur dengan sedikit air. Selamat mencuba

125gm mentega
60gm gula aising
1 biji kuning telur
100gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
Sedikit esen vanila
Jem nenas - bulatkan awal-awal

- Satukan butter, gula aising, kuning telur dan esen. Pukul guna hand whisk..cik ahkak guna spatula saja, dik.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Gaul rata
- Rehatkan 10 minit doh tadi. Kemudian bentukkan bulat-bulat dan ratakan guna belakang sudu.
- Letakkan dalam tray yang di alas baking paper dan bubuh jem nenas yang dah dibentukkan bulat awal tadi.
- Bakar pada suhu 150C atau hingga masak.


Cuti Dah Habis..

$
0
0
Salam sejahtera. Agak lama tak menghapdate blog SB yang kian bersawang..siap ada tarantula lagi merayap nih..hahahaaa!!.. Cuti seminggu dah nak abis, dik oiii.. Esok kekite gi sekolah macam biasa jadi driver. Ni cik ahkak nak share sikit la aktiviti time cuti raya. Tak kemana pon..masih gak kayo-kayo dalam Sarawak. Nak gi London ke Paris ke macam kengkawan tayang dalam FB tu, cik ahkak tak mampu. Kalau dah dalam Sarawak pon cik ahkak belum habis nak godek, tak yah la mimpi ko gi Ostoria ye, dik..kuikuikuiii..gelak mintak penampo.
Tu diaaa..kekite gi jenjalan kat Mukah, driving okey..nak naik si mas wing tu pikir lok 4-5 kali..hahaha..
ni kat Medan Ria . Sempat gak shopping kat bazaar Ramadan tu..memang meriah
Sempat menyangkut jap kat taman ni. Ada taman permainan, tempat main skateboard..
Trademark Mukah ialah Terendak @ Tapou ..besar gedabak. Ni terendak besi,hehheee!.
Lagi satu contoh bangunan yang ada terendak..banyak lagi ooo..
Okey.. nanti cik ahkak sambung lagi part jenjalan kat Mukah sempena cuti lepas.  Ngantuk, penat masih terasa, 2-3 hari lepas gi serbu rumah kengkawan jemputan raya. Hari ni cik ahkak nak rehat pepuas..yiihaaa!!. Sekian
Viewing all 185 articles
Browse latest View live