Quantcast
Channel: resepi masakan mudah
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Tempoyak durian mudah

$
0
0
[AUTO-PUBLISH] - Cik ahkak masih lagi menghilangkan diri.  Windu ke ngan cik ahkak?..soalan perasan . Salam sejahtera. Nak kongsi sikit cara orang Sarawak buat tempoyak durian yang boleh tahan lama dan sedap.  Cik ahkak akan kembali blogging dalam masa terdekat.  Mana yang datang jenguk, mohon tak heran bila jumpa sawang labah-labah kat dalam sini.

Bahan-bahan
Isi durian dan garam kasar

Cara-cara
1.  Isi durian yang telah diasingkan daripada bijinya kena lenyek halus..guna masher pon boleh.  Lepas tu campurkan dengan garam kasar..secukup rasa.  Ini kena main agak-agak pasal bila terkurang garam, tempoyak anda akan cepat berkulat..dan bila terlebih garam nanti masin sangat lah pula.  Oleh sebab itu, kena guna deria rasa anda sebaik yang mungkin semasa ‘merasa’ campuran isi durian dan garam.  Gaul rata-rata.  Campuran tadi kena toskan lagi semalaman sebab ini membolehkan cairan terasing daripada isinya..

2.   Masukkan isi durian tadi ke dalam bekas berlubang halus dan letak besen dibawahnya.Tutup bekas dengan foil.  Biarkan seharian atas meja makan..  Ini membebaskan ‘gas’ durian.  Jadi bila anda simpan tempoyak dalam balang kaca, ianya tidak akan 'terburai'.(Ini pernah terjadi semasa saya dan hubby pertama kali buat tempoyak durian).


3. Setelah air kuningnya (part ni buang saja) dan isi terasing, simpan tempoyak dalam  balang kaca bagi menjamin tempoh hayat lebih panjang.






Merindui saat itu..

$
0
0

Salam sejahtera.  Tuptupp cik ahkak timbul balik..ingatkan dah berpencen tetap dari berblogging.  Tajuk entry kemain, jiwang la sesangat.  Memang, memang cik ahkak merindui saat itu, buat kek lah oiii!!.. ingat buat apa?  Otak kunen..kehkehkeh!!.. Mungkin dah tiba agaknya saat itu untuk cik ahkak lupakan sejenak aktiviti baking kek lapis atau untuk selamanya?.. Ohh TIDAAKKKK!!!.. Terkesan jugak rasanya bila lama tak lapis-melapis kek Sarawak ni.  Katanya tak cukup masa.. habis tu boleh la pulak ada masa menaip entry ni.. Aaloloooo.. dik, masa taip entry ni, kita kat dapo tengah masak  pon boleh buat..nak melapis kek sekian masa diambil, bukan sekejap sejam dua.. hihiii!!... Okbye, sekian.

Error 404?..

$
0
0
Error 404 lah sangat.  Salam sejahtera. Meh sini pekena kopi ke teh secawan bersama beberapa potongan japanese cheese cake yang gebu walaupun ada sedikit cacat cela nya kat situ.  Bukan salah resepi ke apa..
Memandangkan cik ahkak ni bukannya pakar cheesecake, jadi sekadar mencuba memain dengan resepi yang melambak kat internet itu adalah perkara biasa.  Tak menjadi, tak mengapa,. lain kali boleh cuba lagi.
Tengok betul-betul foto yang tak fotogenik tu.. ada kesilapan yang telah cik ahkak lakukan semasa proses buat japanese cheesecake.  Kek tu mengecut malu, berkedut seribu kerana silap langkah cik ahkak.  Bila kek tu masak, terus saja cik ahkak dengan tak sabarnya bawa keluar loyang tu dari oven.  Haaaa... situ lah silapnya.  Cheesecake ni fragile ya, dik..  Seeloknya bila dah masak, biarkan kek tersebut menyejuk sendiri dalam oven tu, pintu oven kena selak sikit supaya angin boleh masuk.  Takpa lah, jadikan ianya sebagai pengalaman.  Jangan ulangi kesilapan tu..hahahaaaa!!!.. Sekian


Cara Buat Bingka Labu Kuning - Tutorial Bergambar

$
0
0
Salam sejahtera.  Cik ahkak kembali lagi dengan tutorial bergambar cara buat bingka labu kuning super simple tapi sedap.  Jika ikut sebijik macam tutorial cik ahkak ni, memang hasilnya tidak akan mengecewakan. Sedap sesangat, tau!!..
kuih bingka
Tu dia bingka labu cik ahkak yang pertama dalam tahun 2017 dik ooiii.  Tekstur yang lembut, tidak berminyak, kaya rasa labu..bingka labu kuning idaman setiap tekak cik ahkak tekak dia ni ada berapa ketul eh?  Jum tengok bahan yang diperlukan.

2 cawan labu kuning – direbus, lenyek dan baru disukat guna cawan
1 cawan gula
4 sudu makan minyak masak
2 biji telur gred B
2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum

Labu kuning direbus, lenyek pastu baru sukat 2 cawan

Telur+susu cair+gula+minyak masak = dikacau rata sebati

Gaul labu lenyek ke dalam campuran telur tadi
Tukar besen pasal tak muat. Campur tepung dan gaul lagi
Sediakan pengukus dan loyang
Tutup loyang dan kukus selamat 50 minit
Bila dah masak, sejukkan dulu sebelum potong. lagi elok jika simpan dalam peti ais sebelum dimakan. Sedap ooo.. Yang cik ahkak buat ni cukup 3 loyang saja untuk sukatan bahan di atas.  Kekita kongsi lah satu dengan SIL elegan merangkap jiran depan rumah cik ahkak, satu loyang lagi kasi kat Uncle Australia kita yang juga jiran terdekat dan satu lagi pasti nya untuk tekak cik ahkak dan cik ahbang..hihihiii.. Sekian

Cheddar Cheese Breadstick

$
0
0


Salam sejahtera.  Bila sawan meroti kembali lagi, kemain lagi cik ahkak gi 'dera' breadmaker Elba kesayangan.  Cik ahkak tak sanggup nak menguli guna tangan, lebih lagi kalau doh dalam kuantiti yang agak banyak dan besar.  Tersado pulak lengan mengalahkan tangan laki sendiri nanti kang pelik rupanya..hahahaa!!!.  Ni cik ahkak share resepi yang disedut dari buku resepi  TASTE OF HOME Annula Recipes 2006.  Punya lah banyak koleksi resepi hebak dalam buku ni, cuma cik ahkak tak termampu nak cuba semua.  Apapun, ni hasil yang cik ahkak dapat, boleh dibuat lain kali lagi bila ada kesempatan..ppppssssttt.. Cik ahkak guna breadmaker untuk buat benda ni.  Nak guna cara manual pon boleh, takda masalah.  Selamat mencuba
14gm yis kering
1½ cawan air suam
½ cawan susu suam
3 sudu makan gula        
4 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
5 cawan tepung hi protein

Untuk taburan atas breadstick
Parutan cheddar cheese secukupnya
3 sudu makan mentega cair
Gula

Dalam bread pan, masukkan bahan cair dulu seperti air suam dan susu.  Diikuti dengan bahan kering iaitu mentega, tepung, gula.  Yis kering perlu di letakkan ditengah-tengah dan garam di bubuh di sebelah tepi (jauh sikit dari kedudukan yis).  Tekan mode ‘dough’ dan tunggu proses menguli dan memerap habis.
Keluarkan dari bread pan dan uli doh menjadi bentuk segi empat.  Potong memanjang dan letak dalam loyang.  Biarkan 20 minit kemudian sapu mentega cair di atas nya dan tabur parutan cheddar cheese serta gula.
Bakar dalam pre heated oven hingga masak.

Pesta Limau

$
0
0
Salam sejahtera.  Geram tak geram nengok limau tu?  Pesta limau katanya. Entah apa mimpi pokok limau sejemput depan rumah ni datang hangin berbuah dengan banyak sekali.  Rezeki, beb!! Sapa berjiran ngan cik ahkak mohon datang segera borong satu pokok..bbhahahaa!!.. Lagi projek bela lemak  kumpul  buah limau berjaya di jalankan walaupun cik ahbang kena panjat guna tangga untuk petik..tinggi la weyyhh !!.. Tak tercapai dek tangan cik ahkak yang kontot ni.  Dah banyak sangat macam ni, nak buat lauk pon tak boleh.. masak lemak? Tumis belacan? Tumis bawang putih? Masak gulai..?..hhrmmm..  Sapa ada resepi jeruk limau, tolong kasi kat cik ahkak.  Sekian.

Banana Cheese

$
0
0
Salam sejahtera.  Musim hujan rahmat melanda seluruh Sarawak tika ni.  Banjir kilat sana sini, masih jugak cik ahkak gigih meredah hujan gi main lopak air.  Bukan main lopak sukati, dik..kita gi redah lopak tu guna kereta,okay..hahahaa!!. Sarapan pagi yang indah lagi sedap mata memandang, belum lagi ngap masuk mulut. Tu diaaa banana cheese segar dari dalam kuali, bubuh cheese parut dan sedikit susu pekat manis.  Ni semua salah kakak cik ahkak..kejap tayang banana cheese kat kita, melio la cik ahkak dibuatnya.  Pandai sungguh kau ya buat cik ahakak terkenang siang malam akan banana cheese mu itew.  Ni lah hasilnya, tak banyak dik, cukup untuk makan sekampung.  Makan sampai lebam. Sekian

Makan Salad Tak Bermakna..

$
0
0
Salam sejahtera. Diet ke?..Post entry pasal salad la pulak.  Nope, I'm not on diet, okay.. Tengok makanan, semua dia nak telan, tak sedar diri perut besar penumbuk saja.  Hello, makan salad tak bermakna daku berdiet.  Sila abaikan salad cik ahkak yang pucat tu.  Nak kaler biru oren merah jingga hijau ke apa, sukati la letak sayuran atau food coloring apa korang nak..kuikuikuii!!..
Haaa.. tu dia, dik.  Cik ahkak saja nak mencuba KewPie Dressing Roasted Sesame sebenarnya.  Memula makan benda ni masa BIL yang buat.  Hishh, cakap pon tak guna. Baik cik ahkak buat jugak, tak nak kalah..hahahaaa!!! Sila muntah hijau .
Bahan-bahan salad tu benda yang hari-hari kita jumpa kat dapur..itupun kalau ada.  Kentang, carrot, jagung manis dan bawang besar hiris halus.  Nak letak sayuran lain pon ok seperti brokoli, cauliflower dan yang sewaktu dengannya.  Tapi kena ingat, rebus dulu sayuran tu.
Salad yang sedap ada hirisan bawang besar yang crunchy, krupkrapkrupkrap,,bukannya yang lembik dan layu.  Jadi bagi menghasilkan hirisan bawang crunchy, pastikan ianya di rendam dalam air yang berisi ketulan ais sebelum di letak dalam campuran salad.  Kbye.





Jadi tabiat dah ke?..

$
0
0
Salam sejahtera. Hari ni cik ahkak coti, coti tak masak, gantung periuk kuali kat belakang badan .  Coti la sangat. Belek-belek gambar lama masa gi coti coti satu Sarawak , jumpa satu gambar ni.  Alahaiii, punya lah cantik pantai ni.  Dah jadi tabiat ke apa, asal gi pantai, amik gambar pantai dan laut. Ehh hellowww!!.. kita kat sini jauh dari pantai, ok!. Lain la kat tempat asal usul cik ahkak ni.  Pantainya memanjang dari hulu sampai kehilir.  Betul la tak tipu 78%.  Bila tengok gambar pantai dan laut macam ni, aman je rasa hati kan.  Belum lagi gi main pasir dan ombak pantai nya tu..hahaha!!.. Boleh tak balik rumah jadinya.  Entry pendek dan singkat ni saja yang cik ahkak boleh coretkan hari ini.  Sekian.

Donut Topping Cheese

$
0
0

Salam sejahtera.  Lewat juga cik ahkak post entry berkarat kali ni.  Donut topping cheese super yummy.  Bebalik salut gula aising, jemu anak tekak.  Nak buat kelainan katanya,  jadi muncullah topping cheese mengada ni.  Nak bagi cheese parut lekat kat donut tu,  senang saja.  Sapukan sedikit susu pekat manis dan boleh la tabur cheese parut.  Kompom lekat walaupun tak macam guna super glue.. Hehehee. Sekian.

Gula aising vs gula kastor kisar

$
0
0

Salam sejahtera.  Lain pula topik kali ni.  Gula aising vs gula kastor kisar... buat salutan donut.  Haaaa.. Mana satu pilihan anda?. Cik ahkak pastinya akan pilih gula aising.  Selalu kalo terjumpa yang jual kat tepi jalan,  cepat je tanya.. Gula aising ie gula kisar?..  Hamboii,  lebih lebih. Itu cerita dolu dolu okay.  Sekarang donat sendiri buat,  tahu citarasa tekak sendiri.. Hehehee.. Gula aising walaupun mahal sikit,  takpa lah kan untuk mamam sendiri jadi jangan berkira sangat.  Sekian.

Terung bulat yang masam..

$
0
0

Salam sejahtera.  Terung bulat yang cik ahkak maksudkan ialah terung Dayak/Iban di kalangan Sarawakian.  Jangan tanya cik ahkak kenapa nama terung ni unik.. Heheheee!!! Sangat sedap kalau campur ayam/ikan/daging buat sup. Nak buat lain dari yang lain katanya,  cik ahkak buat sambal belacan pastu goreng bersama sedikit minyak dan hirisan terung yang telah dibuang kulit dan bijinya.  Terung Dayak/Iban ni mahal dik oii.. Sebijik besar penumbuk kecik cik ahkak, harga dalam RM3-4 gitu.  Sambal terung Dayak/Iban ni sedap jika tambah cili padi kasi pedas kawkaw,. Terung bulat ni rasanya masam gitu.. Ngamm buat sambal dan bertambah nasik sejemput cik ahkak.Sekian.

Tauhu Goreng Bersalut Rangup

$
0
0

Salam sejahtera.  Tukar selera pemakan daging kepada tauhu.  Tauhu goreng bersalut rangup yang mudah di sediakan dan murah.  Beli tauhu keras yang ada jual kat market ke mana-mana, potong 6 dan toskan. Bahan salutan luar yang sedap ni,  cik ahkak sediakan bahan-bahan seperti berikut :-
Tepung
Bread crumbs
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Serbuk cili
Sedikit perasa Aji
Telur sebiji dipukul sedikit

Untuk sukatan, cik ahkak sendiri pon main campur sukati dan agak agak.. Hahahaaa!!!!.. Gelak ko dik., takpa.
Dah gaul semua bahan kering,  ambil potongan tauhu tu,  golek dalam bahan salutan.  Lepas tu, masukkan dlm telur yg dipukul tadi, keluarkan dan masukkan semula ke dalam salutan tepung utk kali kedua nya. Lumur sebati lepas tu goreng hingga salutan tu garing.  Hati kena kental ya dik part salut salut tauhu ni.  Agak ambil masa jugak tu, tapi bila makan, kejap saja dah lesap masuk perut.  Sekian.

Main main ngan cik PITU

$
0
0

Salam sejahtera.  Hari ni cik ahkak cuti.. Bukan cuti tak masak,  tapi cuti tak tempek gambar masakan mudah.. wweerrkkkk!!.  Hasil dari main ngan cik PITU.  Alaa.. Apps je pong.. Hahahaaaa!!!  Bila tengok hasil dia,  rasa seperti kembali ke zaman dinasti Ching ke apa nama.  Rambut macam mak ponti panjang mengurai. Zaman tu ada ke orang guna cermin mata?.  Yang pastinya sekali tengok,  memang macam tuan punya dapur tak berasap. Mohon jangan muntah hijau.  Sekian

Yang pasti, ianya sudah tiada..

$
0
0

Gone.. All gone nothing left.  Salam sejahtera. Tajuk kemain tapi takda apa pon yang sedih sangat.  Kek span cik ahkak yang pasti ianya dah tiada. Gone,  habis di makan. Takda tinggal. Yang tinggal cuma gambar.  Lepas ni ada gak alasan nak baking kek span.. heheheee!!!.  Hekk ellehhh.. Cik ahkak guna tepung optima je pon.  Lagi senang keja cik ahkak.  Satu paket 500 gm + 6 bijik telur gred A + 50ml air masak.  Pukul selama 8 -10 minit,  tuang dalam loyang 10 inci dah tu bakar ikot kesesuaian oven masing-masing.  Sekian.


Kek Snow Cheese

$
0
0

Salam sejahtera.  Sambungan kisah kek span yang dah tiada,  ni lah sebenarnya hasil yang cik ahkak dapat.  Orang lain bertahun dulu dah buat Kek Snow Cheese.  Cik ahkak yang datang dari zaman purba kala ni jugak masih ketinggalan zaman.  Mohon gelak guling guling.. Punyalah sedap,  tak rugi mencuba.  Salutan cheese tebal,  parutan cheddar cheese membukit, itu kelebihan bila kita buat sendiri. Maka seronok jugak la lemak datang bertempek. 
Untuk loyang 8inci saiz kek span,  cik ahkak guna
250gm krim cheese
1 cawan susu pekat manis
2 sudu mkn shortening
Pukul sampai sebati dan berkrim.  Resepi asal guna butter,  tapi cik ahkak takda stok butter jadi tukar kepada shortening.  Jadi bergantung pada citarasa memasing, nak belah ke apa kek span tu, terpulang.  Cik ahkak try skill membelah kek dan menjadi jugak.. Guna benang, beb.. Hahahaaa!!!..  Sekian.

Sejukkan Atas Redai Kek

$
0
0
Salam sejahtera.  Kali ni cik ahkak nak cakap pasal redai.  Bukan redai pakaian tapi redai kek.  Bila resepi tulis 'sejukkan atas redai kek'.. barulah boleh di blablablaaaa... Tengok apa yang cikahkak buat dengan kek di atas tu. Kek diletak atas jaringan stainless steel DAN pastikan kek tidak bersentuhan dengan bekas kat bawah tu.  Bila permukaan tu tak bersentuh (ada ruang antara jaringan dan bekas)  maka mudah saja haba panas dari kek tu keluar.   Hahaaa.. Mudah sangat tips tu,. By the way,  aktiviti blogwalking cik ahkak masih sangat terhad, netbook kesayangan masih tenat. Update pon guna hengpong.  Sekian.

Mana ikannya?!!!

$
0
0

Salam sejahtera.  Amalkan gaya pemakanannyang sihat (kunun).  Ikan kukus sultan terlebih solek hinggakan hilang dicelah bahan-bahan tambahan seperti sayuran, bawang,  lobak masin bagai.  Tenggelam oii.. Hahahaa!!!.  Cik ahkak rembat semua bahan yang boleh di jadikan bahan solekan ikan sultan tu.  Yang penting all in one, sekali kukus.  Jimat masa mak. Tak perlu pening nak masa lauk kedua ketiga.  Bukan malas, OKAY.. Kekita sekarang ni masa 24/7 macam tak cukup dah. Terkejar sana sini,  buat kerja jadi macam sotong kaki 12. Sekian.

Piece Of Cake..

$
0
0

Salam sejahtera.  Cuti dah nak abis tapi masih gak nak cuti panjang.  Hisshhh,  tak sedar diri lagi ke dah tak sekolah weyyhh!!! Mungkin dengan tak rasminya acara baking baking kena tinggal tepi dulu.  Masa bebudak sekolah ni la masa paling busy.  Sotong berkaki lapan pon boleh tumbuh kaki tambahan, tau..hahahaaa!!!.  Sibuk mengalahkan YB ke apa.  Gitulahkan jadi hw 24/7/365 ni, not a piece of cake katanya.  Sekian.

Kek 2 dalam 1

$
0
0


Salam sejahtera.  Hasil gatal tangan dan keras jari,.. gabungan 2 jenis kek menjadi satu hasil yang menakjubkan.  Kek span lapis pandan dan kek snow cheese.. Dua dalam satu.  Basic segala kek ni hanya satu, iaitu kek span.  Tak susah buat sebab sekarang tepung optima banyak terjual,  hanya perlu tambah telur,  air dan minyak.  Untuk lapisan hijau tu,  cik ahkak cedok dari blog LInA PG.  Makaseh banyak2 ya PG.  Untuk salutan cheese,  cik ahkak dah share kat entry sebelumnya.  Sedap oo.. Tak rugi cik ahkak buat koleksi cheese dalam peti sejuk.. Hahahaaa.. Sekian.



Viewing all 185 articles
Browse latest View live